Mahfuz persoal hak PAS Kedah hantar surat tunjuk sebab kepadanya

Lawan tauke... Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan Badan Perhubungan PAS Kedah yang mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya berikutan pembabitan beliau dengan Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM).

Jelasnya PAS Kedah sepatutnya tahu lebih bahawa penglibatannya dalam GSM sama sekali tidak mewakili parti.

Beliau dalam masa sama turut mempertikai tindakan PAS negeri itu yang mengeluarkan surat terhadapnya sedangkan di peringkat pusat tidak pernah memintanya membuat penjelasan.

"Saya agak hairan kenapa PAS Pusat tidak minta penjelasan dari saya, penglibatan saya ini bukan hanya 1 Mei sahaja sejak daripada di Kuala Lumpur lagi, jadi saya keliru juga.

"Sepatutnya saya tidak perlu beri penjelasan, sepatutnya PAS Kedah jelas tentang penglibatan saya bukan atas nama parti atau mewakili parti tetapi atas nama warganegara Malaysia," katanya dipetik dari sebuah portal berita.

Beliau diberikan surat tunjuk sebab oleh Badan Perhubungan PAS negeri selepas tersebarnya poster program GSM yang dijadualkan bakal berlangsung 1 Mei depan.

Mahfuz walaubagaimanapun menafikan itu sebaliknya berkata ianya hanya surat meminta penjelasan.

Katanya lagi, surat tunjuk sebab dan surat meminta penjelasan mempunyai perbezaan yang ketara kerana surat tunjuk sebab lazimnya hanya akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Disiplin parti dan PAS Pusat sahaja.

"Itu bukan surat tunjuk sebab, mereka silap kot (laporan).

"Surat tunjuk sebab sepatutnya daripada PAS Pusat atau Jawatankuasa Disiplin kerana biasanya surat tunjuk surat bertitik tolak kepada tindakan disiplin yang bakal dikenakan," jelas beliau.

Selain Mahfuz seorang lagi wakil rakyat Kedah iaitu Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dilaporkan turut diberikan surat meminta penjelasan.

Setiausaha PAS Kedah, Musoddak Ahmad semalam mengesahkan kedua-dua wakil rakyat negeri tersebut diberikan surat tunjuk sebab kerana poster yang memaparkan Mahfuz dan Mohd Nasir bersama pimpinan PAN dan DAP yang membuktikan penglibatan mereka dan tindakan wajar diambil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana