Jawapan terbaru PM pada yang nak gugat kepimpinannya…

Kalau ada yang merasa Datuk Seri Najib Tun Razak berasa gabra dan hilang fokus dengan pelbagai asakan politik untuk gugat kepimpinannya…ini jawapan terbaru darinya.
Dalam bahasa jalanan yang popular sekarang,Perdana Menteri tidak ambil pot.“Kerajaan mengambil jalan tidak mahu terganggu oleh hal-hal yang membuang masa serta tidak membawa apa-apa faedah itu dan akan terus menjalankan amanah lebih besar yang dimandatkan iaitu menumpukan sepenuh jiwa memacu serta menjulang Malaysia ke persada yang dijanji-janjikan,”katanya.

Beliau menegaskan demikian ketika berucap melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2015 di Angkasapuri Selasa malam.

Perdana Menteri berkata juga berkata meskipun begitu beliau tetap memilih untuk berjiwa besar dan memimpin kerajaan, tetap berdiri tegak, memandang ke hadapan dan mara selangkah demi menjayakan rencana kemajuan negara.

Serentak dengan itu Najib meminta rakyat menaruh kepercayaan kepada kerajaan."Maka yang demikian, berilah peluang dan waktu kepada kerajaan yang ada pada hari ini untuk mewajah dan mewarnakan masa depan, menurut rancangan yang kita telah tentu dan sudah tetapkan,”katanya.

Beliau amat kesal dengan tindakan segelintir pihak yang meracuni, menghasut dan mempengaruhi fikiran rakyat dengan cara memburuk-burukkan negara serta cuba menjatuhkan pemipin secara tidak demokratik.

Perdana Menteri menegaskan apa yang dinikmati negara hari ini adalah hasil mahsul perjuangan dan kegigihan kerajaan sejak berdekad-dekad lepas hinggalah ke era Dasar Transformasi Nasional.

"Berkaitan perkara ini juga, terlebih kita berasa sedih dan sayang seribu kali sayang, yang turut terheret dalam kancah ini, adalah bekas-bekas para pemimpin dan negarawan.

"Tidak cukup dengan itu, sehingga mereka sanggup memperlekeh negara sendiri dan meminta campur tangan kuasa asing. Sedangkan satu masa ketika dahulu, orang itulah yang menyebut biar Malaysia ini ditentukan rupa dan bentuknya dengan acuan kita sendiri," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan sejak mengambil alih jawatan perdana menteri, beliau telah membuat ketetapan bahawa kerajaan perlu bergerak kehadapan untuk membina negara yang mempunyai ekonomi yang berdaya tahan, mampan dan inklusif untuk rakyat bertunjangkan falsafah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Apa yang penting, jangan sesekali kita alpa, kalau kita leka dan termakan dengan angkara-angkara serta anasir-anasir negatif, semuanya boleh lenyap dan punah dalam sekelip pejaman mata," katanya.

Perdana Menteri berkata dengan berpaut kepada prinsip tawaduk, kerendahan hati lagi bertawakal, beliau bersama-sama timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta anggota jemaah pentadbiran yang lain, tidak mungkin dapat melakukan apa yang ada hari ini tanpa sokongan, dokongan dan kefahaman rakyat.

Lantaran itu, katanya, apa yang paling baik adalah rakyat dan kerajaan harus saling dekat mendekati, damping-mendampingi, dalam menaruh yakin serta percaya terhadap komitmen juga inisiatif-inisiatif kerajaan selama ini.

Najib mengingatkan sesetengah pihak bahawa sebagai sebuah negara yang berdaulat, merdeka dan berundang-undang, mereka tidak boleh berbuat sesuka hati dengan mengajak rakyat bertindak di luar batas-batas undang-undang, kedaulatan undang-undang dan apa yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan.

"Ini termasuklah dengan mengadakan deklarasi-deklarasi dan membuat referendum dengan tujuan tidak baik di mana semua ini salah di sisi undang-undangm," katanya.

Perdana Menteri berkata tiada pihak yang boleh menafikan bahawa kedudukan ekonomi dan tahap sosioekonomi rakyat Malaysia adalah baik dan wajar dibanggakan.

Berdasarkan lawatan-lawatan rasmi dan tidak rasminya, katanya beliau melihat ramai rakyat kini memiliki kualiti kehidupan yang baik, malah boleh disifatkan antara yang terbaik di rantau ini.

"Misalnya, saya lihat ibu bapa di bandar-bandar dapat membawa anak-anak mereka bercuti dan membeli-belah terutama menjelang musim cuti sekolah.

"Saya juga diberitahu, semasa MATTA Fair (Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia) baru-baru ini, penjualan pakej-pakej percutian dan tiket-tiket penerbangan begitu laris sekali.

"Malah, promosi dan jualan hari-hari perayaan seperti Aidilfitri sudah pun bermula seawal bulan lepas," katanya.

Najib berkata keadaan sosioekonomi sebenar negara dan rakyat bertentangan dengan apa yang cuba dimomokkan dan dipersepsikan secara negatif oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Justeru itu, beliau meminta rakyat menolak dan menepis semua pandangan yang tidak membina itu kerana kerajaan sekarang tekad menumpukan segala agenda dan usaha untuk memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana