Jangan kaitkan saya sebagai MB baru, kata Mohd Jidin

KUALA TERENGGANU: ADUN Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafee tidak mahu dirinya dikaitkan kononnya akan dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Justeru, beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan akan menyinggung perasaan terutamanya pentadbiran sekarang ini.

“Saya ada baca viral tersebut tetapi nasihat saya cukuplah setakat itu, sebab sebarang keputusan mengenai (pelantikan Menteri Besar) tertakluk kepada keputusan Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita seusai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Wisma Darul Iman hari ini.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan itu menambah kesemua Exco dan wakil rakyat Terengganu memberi sokongan penuh kepada pentadbiran Ahmad Razif.

“Menteri Besar kalau nak ikutkan program dia akan berjumpa dengan semua ADUN BN petang ini (tetapi ditangguhkan), malah secara individu Menteri Besar ada membuat perbincangan (dengan wakil-wakil rakyat) dan berjumpa untuk mendapatkan sokongan sebagai Menteri Besar,” katanya.

Jidin menegaskan bahawa kesemua Exco dan wakil rakyat Terengganu akan menghormati segala keputusan dari Istana.

Pada masa yang sama, Jidin memaklumkan bahawa pertemuan antara Perdana Menteri dan wakil rakyat BN terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baru.

Perdana Menteri dilaporkan akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini bagi membincangkan isu berbangkit.

“Sepatutnya Perdana Menteri akan melakukan perjumpaan dengan semua wakil rakyat BN esok di Kuala Lumpur tetapi ditangguhkan kepada tarikh baru,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana