Jangan Heret Keluarga Mangsa Dalam Kempen Pilihan Raya - TPM

JULAU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas parti pembangkang yang mengheret keluarga empat mangsa penculikan rakyat Sarawak dalam ceramah kempen pilihan raya negeri Sarawak.

Beliau berkata keluarga mangsa itu dijadikan modal politik dalam ceramah pembangkang dengan menggambarkan seolah-olah kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk membebaskan tebusan itu.

"Pembangkang mengambil kesempatan terhadap isu ini. In bukanlah sesuatu yang sepatutnya dilakukan untuk menambah tekanan emosi keluarga mangsa," katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program RELA bersama pemimpin di Rumah Panjang Margretta Tujang, Kerangan Buloh, di sini Selasa.

Beliau berkata kerajaan masih meneruskan rundingan dengan pihak berkuasa Filipina dan kumpulan militan terbabit untuk membebaskan mangsa penculikan itu.

Katanya insiden tersebut bukan merupakan bahan politik dan mana-mana parti politik tidak harus mengambil kesempatan daripada isu ini.

"Saya khuatir sebarang manipulasi yang tidak wajar boleh menjejaskan usaha kami dalam meneruskan rundingan untuk membebaskan mereka ini.

"Parti pembangkang harus dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini terhadap mangsa," kata sambil menambah keluarga mangsa perlu yakin dengan usaha kerajaan membawa pulang mangsa.

Pada 1 April lepas, empat anak kapal warga tempatan diculik sekumpulan lelaki bersenjata ketika kapal tunda yang mereka naiki sedang melalui berhampiran perairan Pulau Ligitan, Semporna, Sabah.

Kapal didaftarkan atas nama 'Masfive 6' itu dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana