'Jangan guna air bersih basuh kereta, siram pokok'...Kalau Lah Pemimpinan BN Kata Macam Ni...Entah Lah

BANGI – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kesal dengan tindakan rakyat yang sewenang-wenangnya membasuh kereta dan menyiram pokok menggunakan bekalan air bersih.

Katanya, aktiviti itu sepatutnya menggunakan takungan air hujan yang disimpan oleh mereka, sebelum menjalankan aktiviti tersebut.

“Penduduk kena ingat kos rawat air cukup besar sebab itu kita ambil langkah pro aktif minta rakyat berjimat cermat dalam penggunaan air bersih,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri membelanjakan hampir RM162 juta setahun hanya untuk membekalkan air bersih kepada rakyat.

“Tapi saya dapati ramai yang guna air bersih sewenang-wenangnya untuk aktiviti yang sebenarnya boleh gunakan sumber air lain,”katanya.

Mohamed Azmin turut meminta pihak berkuasa tempatan mengkaji semula reka bentuk rumah baharu dibina supaya pemaju membina kemudahan untuk takungan air hujan bagi aktiviti penduduk tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL