Ini semuanya wayang Opera Belaka....PKR, DAP Boleh Kerjasama Walau Kemelut Rebut Kerusi - Nurul Izzah

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar yakin bahawa parti itu dan sekutunya dalam Pakatan Harapan, DAP akan dapat bekerjasama meskipun berlaku pertikaian mengenai beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.

"Saya fikir hubungan antara kami jauh lebih kuat berbanding mana-mana penyusunan pilihan raya tertentu dan saya yakin kita akan mengatasi serta menangani cabaran ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini Khamis.

Nurul Izzah menegaskan parti itu sedang meneliti untuk mengorientasikan semula fokus pilihan raya terhadap calon yang akan menentang Barisan Nasional (BN).

Ketika ditanya sekiranya beliau tahu apa punca pertembungan enam penjuru melibatkan DAP, Nurul Izzah berkata beliau memilih untuk tidak memberi tumpuan kepada perkara itu.

Sebaliknya, beliau memilih untuk maju ke hadapan dan memberi sokongan kepada semua calon yang bertanding.

Beliau berharap agar media akan menghargai bahawa parti itu cuba memberi tumpuan kepada pilihan raya negeri dan kedua-dua parti tersebut mempunyai isu mereka sendiri untuk ditangani.

Nurul turut menggesa rakyat Sarawak supaya mengundi untuk perubahan yang lebih bermakna.

Ketika ditanya sama ada PKR akan menarik balik tuntutan mereka terhadap kerusi yang menjadi rebutan, Nurul berkata kenyataan mengenai perkara itu sudah dibuat oleh pemimpin parti itu.

Pada Rabu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata adalah malang kedua-dua parti gagal menyelesaikan isu mengenai pengagihan kerusi.

Menurut Azmin, beliau telah membincangkan perkara itu dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menerusi panggilan telefon sehingga lewat malam Ahad manakala Nurul Izzah turut mengadakan perbincangan sama dengan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Antara kerusi yang ditandingi DAP dan PKR adalah Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana