Guan Eng Tetap Mahu Debat Diteruskan...inilah spesis tak reti bahasa

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap mahukan debat dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan diteruskan.

Lim berkata melalui debat itu, beliau akan menjawab semua isu berbangkit berhubung penjualan tanah Taman Manggis dan pembelian banglonya di Jalan Pinhorn di sini yang dikatakan di bawah harga pasaran.

"Dalam perbahasan kita boleh cerita semua," katanya kepada pemberita selepas melawat Tech Dome Penang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini Jumaat.

Debat isu tanah Taman Manggis antara Guan Eng dan Abdul Rahman Dahlan yang sepatutnya disiar secara langsung di TV3 pada 19 April lalu, ditunda selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihatkan agar ia ditangguh kerana dikatakan boleh mengganggu siasatan kes itu.

Guan Eng turut ditanya mengenai surat yang dikatakan daripada sebuah syarikat bertarikh 15 November 2013 kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang didakwa ditandatangani bekas pemilik banglo itu, Phang Li Koon untuk permintaan bagi cadangan (RFP) projek di Juru dan Batu Kawan.

"Semua satu fitnah," katanya.

Sebelum ini, Phang menerusi akuan berkanun menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan negeri dan menurutnya beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual pada harga RM2.8 juta, yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana