Guan Eng Terkulai Lah Nanti.....Apa pulak 'tai chi' Guan Eng selepas bos KLIDC mengaku Miss Phang rakan kongsinya

Jeng jeng jeng menjelang debat perdana antara Pengarah Komunikasi Stratagik BN Datuk Seri Rahman Dahlan dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng satu pendedahan 'meletup' disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau pada Jumaat.
Mari kita sama-sama saksikan apa 'tai chi' Guan Eng selepas tauke Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Datuk Tang Yong Chew mengakui pemilik asal banglo 'murah' yang dijual kepada Guan Eng, Phang Li Khang merupakan bekas kakitangan dan kini rakan niaganya.

“Kami mempunyai hubungan kerja lebih daripada 20 tahun bermula sebagai pekerja dan kemudian menjadi rakan kongsi perniagaan," Kata Tang.

Di mana kepada Tang memberikan Phang Li Koon 30 peratus saham manakala beliau memegang 70 peratus saham bagi syarikat di Pulau Pinang.

Tang berkata, Phang adalah individu yang menjaga perniagaan beliau di Pulau Pinang.

Ini sekaligus memberikan tamparan hebat kepada Guan Eng yang selama ini mendakwa perempuan tersebut tidak mempunyai sebarang urus niaga dengan kerajaan negeri.

KLIDC, yang tersepit di tengah-tengah perbahasan kerana menguasai tanah Taman Manggis yang dibeli daripada kerajaan negeri dengan harga RM11.6 juga pada 2012, yang kemudiannya didakwa mahu menjualnya dengan harga lebih tinggi.

Rahman pada Isnin mendedahkan perjanjian jualan saham yang menunjukkan KLIDC dijual sebanyak RM18.6 juta kepada pembeli tidak dinamakan dan ia turut bermakna jualan tanah Taman Manggis secara tidak langsung.

Kerajaan negeri berulang kali menegaskan bahawa tanah Taman Manggis tidak akan dijual kembali.

Tang Yong Chew yang merupakan pemegang saham majoriti KLIDC Tang Yong Chew mengakui kewujudan perjanjian jualan saham tetapi berkata rundingan itu tidak menjadi kenyataan.

Tang berkata, tahun lalu, sebuah kumpulan daripada Amerika Syarikat telah menyatakan minat untuk melabur dalam pusat perubatan yang dirancang di Taman Manggis, yang membawa kepada pembentukan syarikat usaha sama bagi mendapatkan pembiayaan bank.

“Oleh kerana permohonan kewangan memerlukan beberapa dokumentasi undang-undang, kami tandatangan perjanjian jualan saham, yang didedahkan baru-baru ini, membawa kepada dakwaan KLIDC mahu menjual tanah Taman Manggis untuk mendapatkan keuntungan,” katanya.

Bagaimanapun, kata Tang, rancangan itu tidak berjalan lancar dan usaha sama itu habis begitu sahaja.

Beliau menegaskan bahawa Tanah Taman Manggis masih milik penuh KLIDC.

Rahman Dahlan yang merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan berdebat dengan Guan Eng mengenai isu Taman Manggis dalam masa terdekat.

Rahman berkata debat tersebut membolehkan rakyat Pulau Pinang mengetahui fakta dan kebenaran mengenai skandal Taman Manggis.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sejam selepas itu kemudiannya memberi reaksi.

Sementara itu, Guan Eng turut memberitahu Abdul Rahman supaya menghubungi Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke yang diamanahkan menguruskan debat itu nanti.

Terlebih dahulu, Guan Eng menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Abdul Rahman sekalipun akan diadakan secara terbuka dan disiarkan dalam televisyen.

Bagaimanapun difahamkan pihak Guan Eng tidak mahu debat tersebut menyentuh isu banglo murah yang dibelinya.

Butiran terperinci mengenai debat itu masih dirunding antara pegawai Rahman dan pegawai Guan Eng

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana