Calon Melayu tunggal DAP 'diperlekeh'?

KUCHING 25 April – Benarkah satu-satunya wakil Melayu DAP, Abdul Aziz Isa telah diperlekehkan apabila dia yang sepatutnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan secara tiba-tiba ditukar di saat-saat akhir ke Batu Kitang?

Ini kerana DUN Stakan hanya melibatkan pertembungan satu lawan satu dengan Abdul Aziz jika dibenarkan bertanding, dia dikatakan memiliki 50 peratus peluang untuk menang.

Kawasan DUN Batu Kitang menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, Lo Khere Chiang dari SUPP, Abdul Aziz, Voon Shiak Ni (PKR) dan dua lagi calon Bebas, Sulaiman Kadir dan Datuk Seri Othman Bojeng.

Dengan persaingan sengit itu, Abdul Aziz dipercayai hanya mempunyai 33.3 peratus peluang untuk menang.

Adakah mungkin Pengerusi DAP, Chong Chieng Jen tidak memberi Abdul Aziz kerusi yang selesa?
Pertembungan satu lawan satu di DUN Stakan adalah antara Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud dari BN dan wakil DAP, Leslie Ting Xiang Zhi.

Dikatakan tindakan DAP meletakkan Abdul Aziz di Batu Kitang sebagai tindak balas terhadap keputusan PKR Sarawak menurunkan calon parti berkenaan di kerusi-kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana