Calon Dun Nangka Selar Malaysiakini Kerana Pusing Fakta

Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, Dr. Annuar Rafie membidas portal Malaysiakini yang disifatkan sebagai tidak demokrasi kerana melaporkan berita berat sebelah.

Menurutnya, beliau kecewa kerana wartawan portal berkenaan telah memutarbelit apa yang diperkatakan sedangkan laporan berita sepatutnya seimbang.

Justeru mulai sekarang, Dr. Annuar berkata, beliau tidak mahu lagi ditemubual oleh portal berkenaan.

“Saya tidak mahu lagi ditemuramah oleh Malaysiakini, minta maaf, nanti dia pusing.

“Dia (wartawan Malaysiakini) kata ini demokrasi. Saya kata dengan dia awaklah paling tidak demokrasi,” katanya ketika ditemui di pusat khidmat Barisan Nasional Dun Nangka, di sini, hari ini.

Dr. Annuar mengulas mengenai laporan Malaysiakini yang menulis berita mengenai mangsa kebakaran di Kampung Dato Lama yang merayu bantuan. Beliau juga dikatakan menghalau wartawan berkenaan kerana didakwa tidak berpuas hati dengan laporan tersebut.

Kebakaran di Kampung Dato Lama itu berlaku pada Jun 2013.

Mengulas mengenai kebakaran berkenaan, Dr. Annuar berkata, kerajaan negeri telah memberikan bantuan kepada 143 mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu dan mereka juga telah ditempatkan di sebuah flat di Rantau Panjang dan Sibu Jaya, tanpa dikenakan sewa.

“Semua yang duduk di flat itu tidak perlu bayar sewa sejak tiga tahun lalu sebab kita dah janji selagi mereka tidak dapat rumah, kita akan beri sewa percuma tapi saya tidak mahu heboh perkara ini. Saya pelik apabila perkara ini tidak pula dilaporkan oleh Malaysiakini.

“Hakikatnya, sebanyak 33 buah sedang dibina iaitu rumah asal bagi mereka yang mempunyai geran. Kos keseluruhan rumah ini adalah RM270,000 tetapi ia dijual pada harga RM100,000 sahaja dan jika mangsa tidak berkemampuan, bayaran boleh diteruskan oleh anak dan cucu mereka.

“Saya tak nak dulu jawab Malaysiakini sebab saya akan jumpa keluarga mangsa kebakaran ini,”  katanya.

Apa yang mengecewakan kata beliau  ialah Malaysiakini hanya menemubual tiga mangsa yang merupakan penyokong pembangkang tetapi tulisannya seolah-olah mewakili semua 143 mangsa.

“Kebakaran itu mendapat liputan meluas, bukan hanya di Sarawak malah di seluruh negara dan bantuan juga diterima daripada kerajaan negeri dan seluruh negara,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana