Bancian tunjukkan 80 peratus pengguna lebih suka guna UBER dan Grabcar daripada teksi

Bancian secara on-line yang dibuat oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak tahun lalu mendapati 80 peratus orang awam lebih suka menggunakan perkhidmatan UBER dan GrabCar, berbanding dengan teksi.
Antara sebab utama UBER dan GrabCar menjadi pilihan kerana ia senang diakses, manakala keengganan mereka menaiki teksi disebabkan sikap sesetengah pemandu yang kurang sopan, keengganan menggunakan meter, meletakkan harga sesuka hati dengan keadaan teksi yang berbau

Fakta berkenaan didedahkan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata demikian pada Syarahan Umum Akademi SPAD (PLS) bertajuk – Transformasi Pengangkutan Awam Darat di Malaysia – Sejarah, Aspirasi dan Cabaran yang berlangsung di Shah Alam, Isnin.

Sehubungan itu Syed Hamid menyeru pemandu-pemandu teksi mengubah sikap dan memperbaiki mutu perkhidmatan di samping memastikan keadaan teksi selesa dan tidak berbau.

Pada sesi soal jawab syarahan berkenaan, seorang pemandu teksi melahirkan rasa tidak puashati dengan UBER yang didakwanya punca pendapatan mereka terjejas sehingga dia mencadangkan perkhidmatan teksi diharamkan di Malaysia dan digantikan dengan UBER.

“Janganlah marah dengan emosi tidak terkawal sampaikan UBER punya pasal ada yang minta perkhidmatan teksi diharamkan pula. Jangan berputus asa, sebaliknya lawanlah UBER secara sihat. Tunjukkan anda lebih baik dan berkualiti,” katanya.

Pada sidang media selepas itu, Syed Hamid berkata SPAD akan mengemukakan hasil bancian itu serta kajian mengenai cadangan sama ada untuk membenarkan perkhidmatan UBER dan Grabcar atau tidak kepada kerajaan tidak lama lagi.

“Baru-baru ini saya menemui Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan kami telah membincangankan beberapa isu kerana aplikasi telefon dan atas talian adalah di bawah bidang kuasa mereka.

“Di samping itu, terdapat beberapa isu mengenai perkhidmatan UBER dan GrabCar di mana ia tidak memberi jaminan keselamatan kepada penumpang. UBER juga tidak mempunyai maklumat pemandu memandangkan ramai daripada mereka memandu secara sambilan dan tidak berdaftar dengan kita,” katanya.

“Bagi SPAD, kami mesti memastikan industri teksi terus berkembang dan tidak diketepikan daripada sistem pengangkutan awam. Sungguhpun begitu ada beberapa isu dalam industri teksi yang perlu kita selesaikan, antaranya ialah pendapatan sesetengah golongan yang di bawah garis kemiskinan.

“Tetapi pada masa yang sama, pemandu teksi di negara ini mesti meningkatkan standard supaya mereka dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan penumpang merasa selesa.

“Pada ketika ini kita lihat situasinya tidak begitu bagus. Ia perlu diubah. SPAD sudah menamatkan siri makmal mengenai industri teksi bersama pihak-pihak berkepentingan dan laporannya sudah siap dan akan dikemukan kepada kerajaan tidak lama lagi,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana