Usul Hadkan Tempoh Ketua Menteri Pulau Pinang Pada Khamis

PETALING JAYA: Seorang Ahli Dewan Undangan (Adun) DAP dijangka mengemukakan usul persendirian untuk menghadkan tempoh Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal.

Menurut sumber di Komtar, Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu akan menyerahkan usul persendirian kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Law Choo Kiang pada Khamis.

Difahamkan bahawa wakil rakyat juga akan mengadakan sidang akhbar di Komtar pada pukul 11 pagi.

Menurut sumber itu lagi, kepimpinan DAP sedar mengenai gerakan berkenaan.

Ini bukan kali pertama Teh cuba mengemukakan usul seperti itu.

Pada 19 November 2015, usul Teh untuk membincangkan sama ada Ketua Menteri, Perdana Menteri dan Menteri Besar harus dihadkan kepada hanya dua penggal ditolak oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana