Tiada Demontrasi Suruh PM Turun, Mahathir Lupa Lagi

Terkejut dan sedih! Itulah reaksi penulis apabila mendengar kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tiada rakyat keluar berdemontrasi dan mengadakan kempen mendesak beliau berundur sungguhpun beliau dituduh diktator.

Terkejut kerana penulis tidak sangka Tun akan memperbodohkan rakyat Malaysia sampai begitu sekali. Sedih kerana memikirkan kemungkinan Tun sudah nyanyuk sehingga lupa apa yang pernah berlaku dan sekarang beliau dipergunakan oleh anaknya Mukhriz Mahathir.

Malay Mail memetik kenyataan Tun Mahathir dalam sidang akhbar selepas Kongres Rakyat 2016, “I also was a dictator before. But that is all right, people did not demonstrate against me before.”

Apakah Tun lupa bahawa pada 1998-1999 terdapat puluhan demontrasi atas jalan raya meminta beliau berundur? Demontrasi ini bukanlah demontrasi dan himpunan main-main sekitar 2000 orang seperti Tun buat semalam.

Dianggar beratus ribu orang turun ke jalan raya pada 1998 dan 1999 mendesak Tun Mahathir berundur. Tun tidak berundur tetapi menangkap mereka dan menyumbat dalam penjara atas alasan keselamatan.

Hari ini Mohd Najib belum menangkap sesiapa tanpa bicara kerana mendesak beliau berundur. Jika ada pun dua badut Tun yang didakwa dan dibicarakan kerana mensabotaj ekonomi negara apabila pergi ke negara asing membuat laporan tidak benar mengenai Perdana Menteri dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana