Tabik Lah Pada Presiden PAS.....PAS tak benar ahli sertai "Deklarasi Mahathir"

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi nasihatnya kepada ahli-ahli PAS supaya menjahukan diri daripada menyertai "Deklarasi Mahathir".
Ini keraja hujah Ahli Parlimen Marang itu, setiap proses perubahan negara mesti dilakukan secara positif serta tidak menghuru-harakan negara.

"Kita hendaklah memilih demokrasi yang adil secara baik dan tidak (berlaku) ketegangan kaum dan kerana itu kita kawal pemuda kita.

"Tidak perlu campur tangan asing kerana dalam semua kegiatan kita kena berhati-hati," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Anak Muda Istiqamah Perak di Kampung Batu 20, Batu Kurau Perak, Ahad.

Kira-kira 2,000 kumpulan Anti Najib berkumpul di Shah Alam pada Ahad untuk menyertai Kongres Rakyat 2016 yang ucaptamanya disampaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara yang menyertainya adalah penyokong Tun Mahathir, pemimpin PKR dan DAP selain serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN).

Abdul Hadi ketika ditanya mengenai tindakan anggota PAS menyertai PAN kemungkinan menggugat parti itu pada pilihan raya akan datang, beliau berkata ia tidak menggugat PAS kerana hanya satu peratus sahaja anggota PAS yang menyertai PAN.

Sementara itu, pada Sabtu, UMNO Sabah mengemukakan usul supaya Majlis Tertinggi (MT) parti bersidang segera bagi membincangkan tindakan tegas yang wajar diambil terhadap pemimpin dan anggota terbabit dalam gerakan 'Deklarasi Mahathir'.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata ini termasuk menentukan tindakan sewajarnya terhadap anggota yang terbabit dalam mana-mana gerakan atau aktiviti membelakangkan kepentingan parti dan kerajaan.

"UMNO Sabah menggesa tindakan tegas diambil terhadap dalang gerakan 'Deklarasi Mahathir' yang mengancam sistem demokrasi berparlimen dan boleh mengakibatkan implikasi negatif terhadap kestabilan politik, keharmonian dan ketenteraman awam," katanya.

Musa yang juga Ketua Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah yang turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan isu 'Deklarasi Mahathir' yang dibawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama pemimpin pembangkang serta turut disertai beberapa anggota UMNO.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat negara ini tidak perlu mempedulikan gerakan Tun Mahathir dengan pembangkang menerusi 'deklarasi Mahathir' kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Menurutnya kerajaan sentiasa menjaga kebajikan rakyat dengan melaksanakan pelbagai program yang dapat memenuhi kehendak selain memastikan semua akujanji pada manifesto pilihan raya umum lepas dapat dipenuhi.

Beliau berkata apa yang penting bukan deklarasi atau surat tetapi tindakan yang boleh menguntungkan rakyat seperti projek perumahan mampu milik yang sedang dilaksanakan kerajaan.

"Apa guna memekik sana, memekik sini? Melaung sana, melaung sini? Orang yang dulu maki hamun kita, kita pula dakap dia. Ini tidak patut. Apa yang patut adalah untuk kita jaga hati rakyat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana