Sidang media Ketua Biro Undang-Undang & Aduan Awam Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo.

Kerajaan Pulau Pinang tidak berjiwa rakyat.
Banglo Guan Eng RM 276 sekaki persegi.
Rumah mampu milik RM 615 sekaki persegi.

Ketua Biro Undang-undang dan Aduan Awam Pemuda Gerakan Negeri Pulau Pinang Jason Loo menyelar Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang disifatkan tidak berjiwa rakyat dan hanya menjaga kepentingan diri sendiri dalam soal polisi perumahan.

Menurut Jason, jika rumah mampu milik ditetapkan pada harga RM 276 sekaki persegi, iaitu sama seperti harga banglo Guan Eng, maka rakyat Pulau Pinang sepatutnya membeli rumah mampu milik yang bernilai RM 400,000 dengan RM 179,400 sahaja.

Jason Loo berkata, banglo di Jalan Pinhorn yang dibeli oleh Guan Eng pada tahun 2015 dengan RM 2.8 juta. Bangunan banglo 2 tingkat tersebut berkeluasan 10,161 kaki persegi. Jika dibahagikan dengan harga jualan, harga tanah hanya serendah RM 276 sekaki persegi. Memandangkan harga rumah di Pulau Pinang yang amat tinggi, perkara ini adalah sesuatu yang amat mustahil!

"Ini sesungguhnya dilihat jauh beza dengan harga projek perumahan mampu milik Quay West Residence di Bayan Mutiara di mana harga tanah melambung sehingga RM 615 sekaki persegi!" tambahan Jason.

Pembeli rumah mampu milik terpaksa membayar dua hingga tiga kali ganda harga sekaki persegi berbanding harga banglo Guan Eng, maka kes di mana Guan Eng dapat membeli banglo pada harga yang terlalu murah ini memang patut disyaki.

Jason Loo yang mengadakan sidang media berpendapat bahawa golongan muda sepatutnya membayar RM 179,400 dan bukan harga pasaran yang ditetapkan iaitu RM 400,000 untuk membeli rumah mampu milik yang hanya berkeluasan 650 kaki persegi dan mempunyai 2 bilik sahaja.

"Adakah munasabah dan adil kepada golongan muda di Pulau Pinang yang terpaksa menanggung bebanan tambahan sejumlah RM 220,600 semata-mata untuk memiliki sebuah rumah mampu milik?", Jason membidas EXCO Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Bersentuh tentang kes tapak Taman Manggis, Jason menyeru Guan Eng untuk mendedahkan dokumen tender sebab penjualan tanah tersebut dikatakan telah memalui proses tender terbuka. Jadi, Guan Eng patut bertindak telus dalam hal ini demi membuktikan bahawa Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd yang berjaya mendapat tender tersebut benar-benar menawarkan harga pembelian tertinggi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana