Siapa Juga Presiden UMNO Tetap Diserang Pembangkang

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menepis dakwaan kononnya UMNO kini berada di dalam kecelaruan sebaliknya jelas beliau UMNO sedang berdepan asakan yang bertubi-tubi sehingga menyebabkan parti ini berada dalam keadaan begitu kompleks dan mencabar.

“Disebabkan asakan demi asakan ini maka UMNO sedang berhadapan dengan ‘trust deficit’ yang mana keadaan ini mesti ditangani agar ia tidak melemahkan parti.

“Inilah cabaran kita yang sebenar. Kita perlu selami realiti sebenar dan perbaiki kelemahan yang ada. UMNO juga perlu lebih sensitif dan responsif terhadap isu semasa. Tetapi jangan pula kita terperangkap dalam permainan pembangkang yang mahu melihat UMNO jatuh,” ujarnya dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat bersama pihak pengurusan media Karangkraf, di Shah Alam, di sini, hari ini.

Justeru itu tegas beliau semua kepimpinan UMNO dan juga akar umbi perlu menggunakan kebijaksanaan bagi menangkis segala cubaan provokasi pembangkang yang mahu melihat UMNO musnah.

“Kita sedar, strategi pembangkang untuk melihat UMNO musnah adalah dengan menyerang presiden parti. Sebab itu siapa sahaja yang memegang jawatan sebagai presiden akan diserang tidak kira dari segi kepimpinan mahupun peribadi.

“Sebagai ahli UMNO yang sayangkan parti maka kita akan tetap mempertahankan presiden. Pembangkang hanya tahu membaling isu walaupun isu tersebut hanya ‘half truth’ tetapi kita sebagai pemerintah terpaksa mengambil masa untuk membetulkan apa yang dilontarkan itu.

“Jadi kita perlu bijak. Ada perkara perlu kita jawab dan ada perkara tidak perlu kita layan. Jangan ikut rentak mereka. Contoh RM 2.6 billion… dah terangkan. Ini soal political funding… tak perlu layan pembangkang yang saja nak provok. Kantung kita sibuk mereka nak dedah tetapi kantung mereka ditutup rapat,” sindir Annuar.

Beliau turut membidas kenyataan sesetengah pihak yang kononnya mengatakan sekiranya UMNO ingin kembali mendapat kepercayaan rakyat maka Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 haruslah tanpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika tidak UMNO akan musnah.

“Adakah mereka yang bercakap begini berani untuk memberi jaminan? Dulu cakap kalau kita buang Ku Li (Tengku Razaleigh) kita menang tapi kita hilang Kelantan… kalau buang Pak Lah (Tun Abdullah) kita menang tapi kita hilang Pulau Pinang… Sekarang kalau kita buang Najib silap-silap kita hilang Pahang.

“Tuduhan UMNO akan musnah ni dah lama dah… tapi kita tetap utuh… Dulu masa PRU-13 juga ramai yang cakap UMNO akan musnah tapi kita tetap jadi pemerintah… Jadi isu nak menang PRU tanpa Najib tak berbangkit”, ujarnya.

Beliau sekali lagi mengulangi bahawa sudah menjadi strategi pihak lawan untuk menyerang siapa juga yang menjadi Presiden UMNO.

“Siapa boleh jamin presiden akan datang takkan alami situasi macam ni… Banyak pihak hanya masukkan perencah dalam dunia politik untuk jatuhkan kerajaan… Itu sebenarnya agenda mereka,” jelasnya lagi.

Oleh itu beliau mengharapkan rakan-rakan media untuk membantu UMNO menghadapi keadaan politik yang semakin mencabar ini.

“Selaku Ketua Penerangan, saya cukup terbuka untuk dengar sebarang pandangan,” luah Annuar. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana