SERTAI DEMO 27 MAC, MAHATHIR BAK “MENJILAT LUDAHNYA KEMBALI”

SUDAH tidak tahu nak guna jalan mana untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad mahu hadir dalam himpunan 27 Mac ini bagi menyatakan sokongannya menggulingkan pemimpin negara.

Bukan hanya kerana Najib ‘ketegaq’ (tidak mahu ikut kata) terhadap permintaan bersifat peribadi Mahathir, tetapi sekarang beliau bertindak kerana malu dan dendam atas sebab anaknya digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah.

Mengulas lanjut perkara ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa tindakan Mahathir itu hanya ingin membangkitkan kemarahan rakyat kerana tiada bantahan mana-mana pihak mengenai pemecatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Kamu kena ingat, Mahathir ini pendendam. Dia malu anak dia tak sampai sepenggal hilang jawatan menteri besar. Itu memalukan keluarga dia dan tidak ada sesiapa nak demo (bantah).

“Jadi (dia) turut demo untuk balas dendam pada Najib.

“Pada saya (Mahathir) hanya nak buat orang marah,” katanya dalam wawancara dengan portal Malaysiakini dan sebuah lagi portal di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Terbukti Mahathir sudah mula rasa buntu kerana di setiap perancangan kotornya untuk jatuhkan Najib, kesemuanya itu mengalami kegagalan di tangan Pahlawan Bugis berkenaan.

Sebab itu Mahathir terpaksa ‘menjilat ludahnya kembali’ dengan turun berhimpun pada 27 Mac ini, sedangkan sebelum ini dia amat ‘elergic’ dengan perkataan dan perbuatan demonstrasi jalanan.

Kembali kita melihat sejarah lalu, semasa Mahathir bergelar Perdana Menteri, demonstrasi jalanan inilah yang dihukum haram olehnya dan sesiapapun tidak dibenarkan untuk turun menyertai demo.

“Waktu dia jadi perdana menteri, dia tak bagi demo. Tetapi sekarang dia nampak dia buat silap besar (dengan berdemonstrasi).

“Sekarang dia nak baling batu dekat gelas pun gelas tidak pecah,” kata Nazri, menyindir bekas perdana menteri keempat yang sudah berusia 90 tahun itu.

Namun dalam ulasannya, Nazri tidak pula menghalang Mahathir untuk turun berdemo bersama-sama kumpulan ‘Anti-Najib’ yang lain.

“Saya yang buat undang-undang kerana saya menteri pada waktu itu,” kata bekas menteri undang-undang itu.

Tambahnya lagi, beliau meramalkan demonstrasi itu tidak akan berjaya.

Himpunan pada penghujung bulan depan itu dianjurkan oleh bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang dirancang secara tertutup dan mensasarkan penyertaan 1,000 anggota.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana