SELEPAS DIKECAM, TERESA SALAHKAN MEDIA PULA

KUALA LUMPUR – Gara-gara menerima kecaman hebat selepas kenyataannya berhubung pembelian banglo Lim Guan Eng pada harga rendah adalah kerana 'Feng Shui tidak baik', Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kini menuding jari menyalahkan pihak media pula.

Pemimpin DAP itu mendakwa kononnya kenyataannya sewaktu Kongres Rakyat 2016 semalam telah disalah petik.

Ketika mendakwa bahawa beliau telah disalah petik semasa menyampaikan ucapan itu semalam, Kok berkata: "Puan Phang bersedia untuk menjual rumah kepada (Ketua Menteri Pulau Pinang) Guan Eng kerana sejak dia berpindah, terdapat banyak bantahan, kontroversi dan juga perarakan pengebumian olok-olok terhadap Guan Eng.

"Penunjuk perasaan di Pulau Pinang gemar mengadakan tunjuk perasaan di luar rumah Guan Eng, tidak seperti di Selangor di mana penunjuk perasaan membantah di luar bangunan kerajaan negeri."

Semalam, Kok dipetik sebagai berkata bahawa Guan Eng membeli hartanah di Jalan Pinhorn di bawah harga pasaran atas alasan 'feng shui kurang baik’ sejak Guan Eng memasuki rumah berkenaan.

Kenyataan itu mencetuskan kritikan dan cemuhan terhadap Kok di media sosial.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana