Rakyat bantah kerajaan DAP - Sin Chew Daily

Beberapa projek pembangunan yang dirancang oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dibantah rakyat, dakwa akhbar Cina berpengaruh Sin Chew Daily.
Antara projek yang dirancang kerajaan DAP dengan kerjasama sektor korporat ialah membina pulau tiruan di perairan negeri itu, membuka lebih banyak kawasan industri dan mewujudkan pelan induk pengangkutan secara menyeluruh.

Bagaimanapun, penduduk yang kawasan penempatan mereka terjejas akibat projek berkenaan seperti penghuni Kampung Gertak Sanggul membantah keras segala kemajuan yang cuba dibawa kerajaan DAP.

"Mereka tidak mahu bertolak-ansur sehingga menyebabkan kerajaan negeri berada dalam situasi serba salah," kata penulis Wong Wan Wei.

Jelasnya, Pulau Pinang sebenarnya mempunyai banyak tinggalan sejarah yang masyhur di seluruh dunia. Boleh dikatakan setiap inci tanah di Pulau Pinang mempunyai kisah tersendiri.

Hakikat itu menyebabkan wujud kesedaran tinggi dalam kalangan penduduk negeri itu untuk mempertahankan warisan sejarah termasuk bangunan yang berusia ratusan tahun.

"Penduduk membantah projek tambak laut bagi membina pulau tiruan bukan semata-mata kerana langkah itu akan merosakkan ekosistem hidupan laut malah disebabkan tindakan berkenaan akan menjejaskan banyak tinggalan sejarah.

"Mereka tidak mahu Pulau Pinang mengalami nasib sama seperti Hong Kong apabila tanah di kampung-kampung nelayan dan bandar-bandar di wilayah itu digabungkan menjadi satu

"Akhirnya, perlahan-lahan tanah terbabit dibangunkan sebagai pusat kewangan dan penempatan pelbagai industri." Ujar beliau.

Hari ini imej Hong Kong bukan lagi sebagai kampung nelayan sebaliknya wilayah itu mempunyai Disneyland, Taman Laut dan The Golden Bauhinia Square di Wan Chai.

Mungkin selepas 20 tahun dari sekarang, Pulau Pinang akan bergemerlapan sama seperti Hong Kong dengan pulau tiruan, pusat beli-belah, hotel bertaraf lima bintang dan pangsapuri moden.

"Mereka mahu kerajaan negeri bertindak sama seperti ketika DAP menjadi parti pembangkang apabila pemimpinnya sering mempertahankan hak rakyat dan mendapat sanjungan pengundi.

"Selepas memerintah Pulau Pinang, pemimpin DAP tidak dapat mengelak daripada menekan rakyat sehingga menyebabkan sokongan pengundi semakin terhakis," tulisnya.

Ketika kerajaan DAP dilamun kebanggaan dengan pelbagai pembangunan yang mahu dibawa termasuk projek terowong bawah laut dan jalan raya baharu, penulis yakin dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang, keadaan lalu lintas di Pulau Pinang tetap akan sesak.

Ini kerana pengguna jalan raya bukan semakin berkurang­an malah bertambah.

Sebab itu, kerajaan DAP sepatutnya mengkaji kemungkinan melaksanakan dasar mengehadkan pergerakan kenderaan. Ambil contoh negara asing yang mengehadkan kenderaan masuk ke bandar-bandar besar atau mewujudkan sistem giliran antara kenderaan bernombor plat akhir genap dan ganjil.

Selain itu, ketidakseimbangan pembangunan antara bahagian pulau dengan Seberang Perai menyebabkan harga rumah di Pulau Pinang semakin meningkat.

Mungkin rumah di pulau tiruan yang akan dibina pada masa akan datang hanya mampu dibeli pelabur antarabangsa dan menjadi kediaman orang kaya sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana