Nallakaruppan 
mahu saman Dr. M

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menuntut ganti rugi ke atas segala kehilangan yang dialami selepas beliau dipenjarakan pada tahun 1998.

Dakwa Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu, beliau telah kehilangan tiga jawatannya iaitu sebagai Pengarah Eksekutif Perhubungan Awam Magnum, Pengarah Kamunting Corporation Bhd dan Pengarah Malaysian Plantations Bhd. setelah dipenjara yang berpunca daripada tindakan bekas Perdana Menteri itu.

Sebagai langkah awal, menurut Nallakaruppan, pihaknya akan berjumpa dengan peguamnya dalam masa terdekat bagi berbincang berhubung tindakan menya­man bekas Perdana Menteri itu.

“Saya mahu menuntut ganti rugi atas segala kehilangan yang telah dialami, Oleh kerana Dr. Mahathir tidak sukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya kawan baik Anwar pada ketika itu, saya telah ditangkap dan dipenjarakan, bukannya atas tuduhan memiliki peluru pistol tanpa permit.

“Setelah diputuskan tidak bersalah dan dibebaskan, saya telah kehilangan semua terma­suk ketiga-tiga jawatan tertinggi saya. Dr. Mahathir telah meme­rangkap saya sehingga menjadi buruan polis. Beliau adalah puncanya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nallakaruppan berkata, Dr. Mahathir tidak sepatutnya keluar dari UMNO dan bertindak keterlaluan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak mendapat jawatan dalam parti dan kerajaan.

“Sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Dr. Mahathir tidak patut buat tuduhan tidak berasas untuk jatuhkan Datuk Seri Najib. Segala tuduhan hendaklah disiasat dan proses mahkamah mesti dipatuhi. Ja­ngan hancurkan perpaduan rakyat dan negara tanpa sebab. Malah, Dr. Mahathir yang me­ngarahkan saya serang Anwar.

“Tindakan Dr. Mahathir bagaikan menjilat ludah sendiri. Dulu beliau yang suruh saya serang Anwar tetapi sekarang mahu bersekutu dengan PKR pula. Beliau terlalu taksub mahukan anaknya jadi Perdana Menteri sehingga sanggup berbuat demikian,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nallakaruppan turut menasihatkan Anwar supaya berhati-hati dalam menangani pelbagai isu yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir ketika ini.

“Sebagai rakan karib, saya nasihati Anwar berhati-hati dan jangan terperangkap dengan permainan Dr. Mahathir. Anwar perlu ingat suatu ketika dulu Dr. Mahathir yang penjarakan beliau, kalau tidak sudah tentunya Anwar jadi Perdana Menteri sekarang.

“Dulu Dr. Mahathir tidak suka pembangkang, sekarang mahu menyokong pula. Inilah sikap sebenar Dr. Mahathir, Saya berharap Anwar tidak terpedaya lagi dengan agendanya,” ujarnya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia’ yang diadakan esok, Nallakaruppan menyifatkan penglibatan bekas Perdana Menteri itu sekadar mahu mencetuskan kekacauan.

“Itu adalah taktik pembangkang yang sengaja mahu me­nim­bulkan kekacauan, Perhimpunan sedemikian tidak membantu mengukuhkan demokrasi sedia ada di negara ini sebaliknya ha­nya akan mencemarkan imej baik Malaysia di mata dunia,” katanya.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana