NAK JADI HERO....TONY PUA GAGAL BERI FORMULA BIJAK SELESAIKAN SKANDAL BANGLO LGE

Apabila syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad dan dana politik RM2.6 bilion menjadi serangan pembangkang, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua adalah antara pemimpin pembangkang yang paling banyak memberikan teori.

Teori-teori yang diutarakan itu telah menjadikan 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  kelihatan seolah-olah bersalah walaupun akhirnya nama Perdana Menteri dibersihkan oleh agensi yang terlibat dalam siasatan isu tersebut.

Tidak cukup dengan soalan kitar semula yang diulangnya berpuluh-puluh kali, Pua turut bertindak menghasilkan video untuk memalukan, menyerang dan memfitnah Najib.

Kini dalam isu skandal banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ternyata Pua gagal memberikan formula bijak untuk menyelesaikan isu tersebut.

Pua lebih mendiamkan diri kali ini, tidak banyak bercakap kerana beliau tahu isu ini bakal menjadi satu liabiliti paling besar kepada DAP.

Ia berbeza dengan pendirian Pua selama ini yang suka menjuarai sesuatu isu tetapi kali ini Pua menyepi.

Kenapa Pua tidak persoalkan mengenai pembelian rumah berkenaan dan tidak mendesak supaya Guan Eng bercuti sementara siasatan sedang dijalankan, sama seperti yang dilakukannya kepada Perdana Menteri sebelum ini?.

Kemana perginya laungan Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT) yang dilaungkan selama ini oleh Guan Eng?

Itu antara persoalan yang timbul tetapi nampaknya Pua dan Guan Eng bercakap tak serupa bikin. Guan Eng telah melanggar prinsip CAT dan menjadikan CAT hanya sekadar slogan, tetapi ia tidak dipersoalkan oleh Pua.

Apa yang boleh dilakukan oleh Pua ialah mengalihkan isu dengan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Itu mungkin jalan keluar paling mudah.

Apa yang pasti DAP makin kini terdesak dan atas sebab itulah muncul jawapan-jawapan yang bukan sahaja tidak masuk akal malah menjadikan skandal itu semakin teruk.  Ia juga memperlihatkan isu banglo ini menjadi satu malapetaka bagi DAP hingga memaksa satu mesyuarat tertutup diadakan oleh parti itu.

- See more at: http://www.tv14.my/2016/03/28/tony-pua-gagal-beri-formula-bijak-selesaikan-skandal-banglo-lge/#sthash.hjeBmDV2.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana