Muhyiddin, Mukhriz menghitung hari dalam UMNO...Wajib Dikenakan TIndakan Tegas Atau Buang Terus Dalam UMNO

Kehadiran dua bekas pemimpin UMNO dalam program bersama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pada Ahad memberi petanda jelas bahawa 'hayat' mereka dalam UMNO sudah tidak lama.
Kedua-dua mereka Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir duduk sepentas dengan ketua de facto pembangkang Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan pemimpin pembangkang lain termasuk Datuk S Ambiga.

Berikutan itu, suara mahukan UMNO mengambil tindakan tegas kepada mereka berdua semakin kuat kedengaran.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata UMNO perlu mengambil tindakan tegas terhadap Muhyiddin Yassin dan Mukhriz yang menghadiri perhimpunan bersama-sama pemimpin pembangkang di Shah Alam, Selangor Ahad.

Menurutnya, tindakan Mukhriz selaku Ketua UMNO Bahagian Jerlun dan Muhyiddin sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh, mencerminkan mereka kini adalah sebahagian daripada pembangkang yang terang-terangan mahu menentang parti.

Beliau berpendapat sudah tiada maknanya kedua-dua mereka berada di dalam parti.

"Menyatakan bahawa mereka menyayangi UMNO, sedangkan tindakan mereka jelas bertentangan dengan kenyataan tersebut . Parti sepatutnya ambil tindakan terhadap mereka, kalau sudah pergi sejauh itu tak perlu berada dalam parti lagi, baik berterus terang sahaja," katanya.

Bagi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor  pula, ahli UMNO yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta keluar daripada parti itu dan menubuhkan parti baharu daripada terus menjadi ‘gunting dalam lipatan’.

“Perhimpunan seperti di Shah Alam bermatlamat ko­nonnya untuk mempertahankan Malaysia, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui tulang belakang di sebalik kejayaan negara ini adalah Barisan Nasional (BN) sejak tanah air mencapai kemerdekaan,” katanya.

12 Mac lalu, 147 Ketua UMNO Bahagian mendesak MT mengambil tindakan tegas terhadap Muhyiddin serta beberapa pimpinan UMNO lain yang terlibat dalam deklarasi rakyat bagi menjatuhkan Perdana Menteri.

Menurut Ketua Bahagian UMNO Batu Gajah, Datuk Wira Mohd Yusoff Kassim, desakan itu adalah hasil daripada keputusan mesyuarat yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula jam 4 petang tadi.

Antara Ketua Bahagian yang hadir ialah Bera, Rantau Panjang, Kuala Kedah, Jerantut, Kuantan, Jempol, Pensiangan, Gopeng, Dungun, Puchong, Hulu Langat, Pokok Sena, Rasah, PJU, Jerai, Kepong, Silam, Klang, Batu, Bakri, Sabak Bernam, Shah Alam, Petaling Jaya Selatan, Kapar, Pendang dan Kuala Terengganu.

Bahagian lain ialah Indera Mahkota, Kota Marudu, Telok Intan, Segambut, Kuala Pilah, Kudat, Lipis, Sungai Besar, Sungai Petani, Bagan, Batu Kawan, Setiu, Kuala Langat, Subang, Sepang, Tenom, Tanjong, Selayang, Pengkalan Chepa, Serdang, Penampang, Beufort, Paya Besar, Kuala Selangor dan Bukit Mertajam.

“Kami mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pemimpin UMNO yang masih memegang jawatan khususnya Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz kerana bersekongkol dan bersubahat dengan agenda pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi.

“Oleh itu, kami Ketua Bahagian mendesak Majlis Tertinggi UMNO dan Lembaga Disiplin mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam deklarasi rakyat,” katanya pada sidang media Solidariti Ketua UMNO Bahagian Semalaysia bersama Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri baru-baru ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana