LIM GUAN ENG SEWAJARNYA SEGERA LETAK JAWATAN!

Share this on WhatsApp

JIKA sebelum ini mereka sering memperjuangkan anti korupsi seolah-olah tiada selain mereka yang paling suci bersih dari sebarang salah laku, hari ini semuanya telah memadamkan segala ‘lagak kesucian’ yang digebangkan selama ini.

Mereka yang dimaksudkan penulis adalah pemimpin DAP dan yang telah mencemarkannya juga adalah Setiausaha Agungnya sendiri iaitu Lim Guan Eng.

Tidak perlu dicerita panjang lebar lagi mengenai skandal banglo Guan Eng yang hampir pasti mampu mengheret Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan ke pintu penjara (jika dibandingkan dengan kes bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo).

Tengok sajalah cara Guan Eng berhadapan dengan isu ini, ternyata cukup gelabah dan seperti ‘cacing kepanasan’ sedang menafikan sesuatu. Ramai yang menjangka bahawa kes berkenaan tidak akan memberi ‘nyawa’ lagi untuk dirinya.

Atas skandal yang begitu berat ini, dan ditambah pula sebagai pembayar cukai, penulis menggesa agar Guan Eng meletakkan jawatannya dalam kerajaan supaya serta merta kerana imejnya sudah terlalu rosak dengan isu yang menimpa dirinya ini.

Jangan hanya pandai meminta pemimpin kerajaan Barisan Nasional sahaja meletakkan jawatan walaupun terbukti tidak bersalah, Guan Eng harus bertanggungjawab kerana dia bukan sahaja sudah ‘kantoi’ dipercayai rasuah, malah turut dikatakan berbohong (seperti pendedahan Datuk Rahman Dahlan dalam Dewan Rakyat).

Sebagai seorang ahli politik yang dikatakan telah berbohong, amat tidak layak untuk terus berada di kerusi nombor satu kerajaan negeri kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Kesimpulannya jelas dan mudah, Guan Eng harus meletakkan jawatannya dalam Kerajaan Pulau Pinang!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana