LIM GUAN ENG RAJA PUTAR ALAM

1. Lim Guan Eng menambahkan koleksi putar belitnya pada 26 Mac 2016. Kita ingatkan Lim Guan Eng berubah selepas Mesyuarat Khas DAP membincangkan isu Rumah Banglo LGE. Rupanya bertambah strategi bodoh bebalnya. Nasihat Gobind Singh Deo Ketua Biro Undang-undang DAP ini memang luar biasa!

2. Apa yang Lim Guan Eng sedang lakukan? 1 minggu dia kata tidak tahu. Baru kini dia sedar kesilapannya dan mengaku tahu. Nampak benar LGE tidak tahu perkara pokok, celaru dan hilang fokus.

3. Isu yang dibahas dan diketengahkan netizen ialah Lim Guan Eng membeli sebuah rumah dari Tukang Sewa Rumahnya Miss Phang Li Koon selama lebih 7 tahun. Miss Phang telah menjual rumahnya kepada LGE RM2.8 juta iaitu jualan murah dibawah harga pasaran. Soalannya kenapa murah kalaupun ianya secara "Rela Hati" antara penjual dan pembeli. Apatah lagi Miss Phang mempunyai hubungan dengan rakan kongsinya projek KLIDC tapak PPR Taman Manggis yang bakal dibina Hospital swasta dan Hotel.

4. Ditambah lagi kenyataan pada 20 Mac 2016 Lim Guan Eng yang mengejutkan bila dia berkata dia tidak tahu harga pasaran Banglo yang dibelinya. Dan berpusing pula harga Banglonya adalah penilaian 2012.
Bila kata tidak tahu Netizen akan bertanya bagaimana tidak tahu? sedangkan dokumen menunjukkan LGE sememangnya tahu sebelum membeli. Boleh rujuk media seperti FMT dan Malaysia Today yang mendedahkan hal "tidak tahu".

5. Begitu juga dengan kenyataan terbaru Lim Guan Eng pada 26 Mac 2016 yang dia seorang Ketua Menteri dan bukannya Agen Hartanah!. Lawak apakah yang LGE tunjukkan!

Penipuan LGE Terdedah!

6. Ya Penilaian JPPH George Town Oktober 2014 Jalam Pinhorn harga sekaki RM722 perkaki atau apa yang LGE beli dari RM275 1 kaki persegi boleh disembunyikan. Malah penilai bebas yang menilai RM6.5 juta pun boleh diabaikan.

7. Tapi pendedahan surat LHDN Notis Taksiran Pindah Milik Harta Tanah bertarikh 27/8/2015 yanh merekodkan Nilai Pasaran rumah Banglo Lim Guan Eng adalah RM4,270,000. 00. Duti Setem yang dibayar ialah RM122,100.00 dari nilai adalah sesuatu yang tidak boleh ditutup! Akhirnya akan terdedah juga. Beli rumah dalam harga RM2.8 juta bayar Duti Setem RM122,100.00 atas penilaian RM4.27 juta. Kini LGE tahu Rumah Banglo No Swimming Pool dinilai LHDN RM4.27!

LIM GUAN ENG DAH TAHU & SEDAR DARI HILANG INGATAN

8. Pada tarikh 26 Mac 2016 Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menukar rentak baru bahawa dia tahu. Lim Guan Eng cuba untuk "divert isu" kepada motif serangan BN & UMNO.

9. LGE berkata, tuduhan bahawa dia tidak tahu nilai banglo dia membeli di Jalan Pinhorn adalah satu "pembohongan BN". Lim menjelaskan bahawa apabila beliau berkata beliau tidak tahu, beliau telah secara khusus menjawab pertanyaan oleh Umno kepada sama ada harta itu bernilai RM6.5 juta.

"Satu lagi pembohongan BN adalah kenyataan saya bahawa saya tidak tahu nilai rumah saya walaupun saya telah menandatangani Perjanjian Jual Beli dan duti setem dibayar.

"Saya telah menjawab soalan mengenai sama ada nilai rumah saya adalah RM6.5 juta, seperti yang didakwa oleh Umno.

" Saya menjawab dengan jujur - saya tidak tahu jika rumah saya bernilai RM6.5 juta - kerana saya adalah seorang ketua menteri dan bukan Agen hartanah," [Bagus spin LGE].

10. Menurut peraturan urus niaga hartanah, pembeli dikehendaki membayar duti setem untuk memorandum pemindahan dan ini dikira berdasarkan harga beli atau nilai pasaran harta itu, yang mana lebih tinggi.

11. Rupanya selepas LGE diberi penerangan pasukan peguam dan agen hartanah barulah LGE faham. Barulah dia tahu rumahnya dibeli RM2.8 itu dinilai pada harga RM4.27 juta. Adakah ini penilaian tahun 2012 sebagaimana LGE sebut sebelum ini?

12. Apapun yang berlaku Isu pokok dalam
kes LGE ialah LGE telah beli rumah dibawah harga pasaran dari seorang yang berkepentingan dengannya. Itu sudah cukup. dan SPRM mesti menyiasat hubungan istimewa ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana