Komen berkenaan penggunaan air di masjid: PAS digesa nasihatkan Azmin

Setelah hampir setahun iaitu semenjak kerajaan persekutuan menandatangani persefahaman bersama kerajaan negeri, isu bekalan air agak reda apatah lagi dengan akujanji meneruskan dan menyiapkan loji bekalan air terawat, Langat 2.

Namun, beberapa hari lalu, kegusaran rakyat Selangor kembali memuncak apabila Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Azmin Ali mengumumkan tarikh projek Langat 2 yang dijadualkan siap pada tahun 2016 ditunda kepada 2017-2018.

Kebimbangan ini bertambah apabila Azmin Ali menggesa seluruh masjid dan surau dalam negeri ini mencatu penggunaan air seolah-olah pembaziran air berlaku di rumah ibadat penganut agama Islam sahaja.

Menteri besar perlu ingat, bahawa air adalah keperluan asas manusia. Ia tiada kena mengena dengan sentimen agama dan seluruh rakyat negeri ini yang berbilang bangsa amat-amat memerlukan keperluan asas air.

Azmin patut terlebih dahulu mengkaji bahawa pengguna air tertinggi bukan datangnya dari rumah-rumah penganut agama Islam mahu pun rumah-rumah ibadat penganut agama Islam seperti masjid dan surau. Pengguna terbesar air adalah industri berasaskan air seperti jenama minuman hinggalah peniaga kecil seperti kedai dobi dan peniaga cuci kereta. Tiada yang tidak membayar harga air sama ada individu, peniaga, industri mahu pun surau dan masjid. Semua berhak menikmati air bekalan yang sama tanpa diskriminasi catuan.

Dalam hal ini, kawasan simpanan Lipat Kajang sering mendahulukan kawasan perindustrian seperti Shah Alam, Petaling Jaya dan Putrajaya dan kawasan pinggiran seperti Kuala Langat dan Sepang sering menjadi mangsa catuan air terpanjang pada satu-satu ketika.

Azmin patut berasa malu apabila memegang jawatan menteri besar selepas Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau sepatutnya lebih agresif dan kelihatan efisien dalam menyelesaikan isu air yang menjadi mimpi ngeri rakyat Selangor terutama menjelang musim kering seperti sekarang.

Saya menggesa wakil-wakil rakyat dan pemimpin PAS di negeri Selangor supaya menasihatkan Azmin agar menjaga sensitiviti penganut agama Islam seterusnya mendesak agar Azmin menyegerakan pembenaan Langat 2 tanpa sebarang alasan lagi.

Jefrizal Mohd Jaafar
Ketua Pemuda
UMNO Bahagian Kuala Langat

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana