Kenapa Media Pembangkang Takut Belasah Guan Eng Isu Banglo Diskaun?

MELAINKAN satu dua, majoriti portal berita di Malaysia ini, mengaku mereka sebagai bebas, tidak berpihak dan anggapan baik baik yang macam itu.  100 artikel terbit satu hari, 2 pro kerajaan yang lain semua pro pembangkang, pun mengaku bebas jugak!!!

Tapi ikut pemerhatian penulis dalam perkara berkaitan banglo diskaun ini. tidak ada media pembangkang yang betul betul hentam Lim Guan Eng dalam isu tersebut.  Padahal, berapa banyak bukti dalam bentuk dokumen yang boleh dijadikan bahan.  Kalau itu tak cukup,  kenyataan-kenyataan bodoh keluar dari mulut Guan Eng mahupun pemimpin DAP sendiri dalam isu tersebut saja [un dah cukup jadi bahan berita.

Kolam renanglah, hantu lah, feng shui la, macam-macam, semua ini ada nilai sensasi, terutama bab kutuk dan menyindir sebab orang Malaysia memang resminya suka mengutuk – nak nak di media sosial.  Jadi balunlah, apa tak balun?

Masa kes hampir sama membabitkan seorang pemimpin UMNO Selangor beberapa tahun dulu, bukan main lagi.  Harga rumah itu sahaja diperbesarkan sampai RM 24 juta nilainya, walhal ikut penilaian rasmi oleh syarikat penilaian hartanah bertauliah, hanya sekitar RM 3.5 juta sahaja.

Tapi mana puak ni peduli, dia balun semacam jugak.  Alih dalam kes Guan Eng yang lebih ‘kuat’ serba serbinya ni, masing-masing pakat buat bodoh pulak ya?

Mana dia punya bebas?

Senario ini sebenarnya membuktikan media pro pembangkang ni taklah sebebas mana seperti yang dia selalu gebang.  Dia cakap saja bebas, sebenarnya berpihak jugak.  Siapa percaya media pembangkang ini bebas, samalah seperti dia percaya yang Mahathir nak jatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak ni sebab utamakan rakyat, bukan nak anak dia jadi Perdana Menteri.

Orang gila pun tak percaya dakwaan macam itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana