Isu Guan Eng: BNBBC gesa Jabatan Audit siasat penjualan tanah Taman Manggis

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan isu sebenar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah penjualan tanah untuk membina perumahan rakyat termiskin (PPRT).

Beliau dengan nada kecewanya menggesa Jabatan Audit Negara segera menyiasat isu penjualan tanah seluas 1.1 ekar di Taman Manggis Pulau Pinang yang sepatutnya dibina untuk disewa kepada rakyat termiskin.

Menurut beliau, proses tender itu boleh diketahui sejauhmana telus atau tidak mestilah melalui proses siasatan khusus oleh pihak Jabatan Audit kemudian membuat laporan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ahli Parlimen Johor Bahru itu menjelaskan bahawa rentetan perjalanan isu tersebut akan lebih terserlah dan menarik setelah Jabatan Audit Negara membuat suasatan penuh perkara tersebut, ketika ditemui di Parlimen, petang Isnin.

“Mungkin ada cerita yang menarik disebaliknya...”, kata Shahrir.

Shahrir melahirkan rasa kesal serta menjadi tanda tanya mengapa tanah yang sepatutnya dibina rumah untuk rakyat termiskin itu boleh terjual.

“Bagaimana rakyat termiskin ini hendak menyuarakan pandangan dan harapan mereka, sudah tentulah melalui saluran politik serta Parlimen,” katanya.

Beliau merasa teramat ralat kerana tapak tanah yang sepatutnya didirikan perumahan rakyat termiskin hilang begitu sahaja kepada sebuah syarikat yang difikirkan mampu untuk mencari tanah ditempat lain.

Katanya, “patut diutamakan adalah mereka yang memerlukan pembelaan, golongan bawahan, berpendapatan rendah dan rakyat termiskin, bukannya untuk syarikat yang kaya.”

Menurut beliau isu sebenarnya adalah kepentingan rakyat termiskin diketepikan semata-mata untuk memenuhi kehendak kapitalis atau taukeh dengan cadangan pembinaan sebuah hospital dan kemudiannya ditukar pada pembangunan mewah.

Shahrir juga menyifatkan rakyat termiskin telah dizalimi dan teraniaya kerana tanah tersebut patut terbina rumah PPRT yang dianggarkan sebanyak 270 unit dengan kadar sewaan RM100 sebulan telah dinafikan haknya kerana kerakusan pihak kapitalis.

Apa yang lebih dikesali, kata Shahrir,  tujuan tanah itu sememangnya dalam pengetahuam kerajaan negeri dan Ketua Menteri itu.

“Tetapi pilihan Guan Eng mengenepikan harapan hasrat rakyat termiskin dengan menjualkan tanah tersebut kepada pihak kapitalis untuk pembangunan komersial.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana