Himpunan ‘Tumbang Najib’ Di Pandan Bertukar Menjadi Tragedi Ngeri

 Apa tidaknya, program Muafakat Selamatkan Malaysia yang berlangsung pada malam Isnin, 28 Mac di kawasan parlimen Setiausaha Agung PKR itu amat menyedihkan kerana hanya mampu menarik minat kira-kira 200 hadirin sahaja.

Walaupun penganjur melewatkan acara daripada jam 8.00 malam kepada 9.15 malam, namun kumpulan ‘Anti-Najib’ ini masih tidak mampu mengumpul kumpulan sasaran untuk menyokong menifestasi mereka.

Jika dilihat daripada senario yang berlaku pada malam ini di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah, hampir pasti ia memberi petanda bahawa Rafizi akan di tolak di Parlimen Pandan pada pilihan raya akan datang.

Kehadiran hanya kira-kira 200 orang ini bukan disebabkan faktor cuaca atau persekitaran yang tidak strategik, namun ia lebih menjurus kepada perasaan rakyat yang sudah berasa mual dengan wakil rakyat yang popular dengan panggilan ‘sotong’ tersebut.

Disamping itu, rakyat juga sudah muak dengan siri penipuan dan ‘cakap tak serupa bikin’ daripada Dr Mahathir yang hanya ‘bernafsu’ mahu menjatuhkan Perdana Menteri, tetapi tidak menunjukkan minat untuk membantu rakyat dalam kesusahan.

Pastinya kumpulan ‘Anti-Najib’ tidak boleh menafikan lagi mengenai hakikat penolakan rakyat di Pandan terhadap mereka.

Sudah jelas terpapar di Padang MPAJ sendiri, sokongan rakyat terhadap Rafizi hampir ke titik noktah terakhirnya.
 Mana orang sudah pergi ni....Malunya aku sedangkan ini kawasan aku.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana