Gandingan Mahathir-Kit Siang gagal 'memperkudakan' rakyat... himpunan bertukar tragedi

Jika diamati, sejak gabungan Tun Mahathir Mohamad dan kumpulan pembangkang yang diketuai Lim Kit Siang mengambil tempat... mereka kehilangan sokongan daripada orang ramai.
Baik Mahathir mahupun Kit Siang adalah pemain senior politik negara... mereka bergabung bukan untuk menunggang antara satu sama lain, sebaliknya mahu memperkudakan rakyat, demi agenda masing-masing.

Namun semua petanda yang ada rakyat tidak bodoh untuk diperkudakan mereka dan misi kedua-duanya menuju kegagalan.

Lihat sahaja bagaimana orang seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir berdepan kecaman berterusan daripada ahli UMNO.... ramai pelik macam mana seseorang sanggup berlakon hanya kerana agenda peribadi mahu berkuasa.

Begitu juga dalam kem pembangkang... mereka kehilangan separuh daripada sokongan sebelum ini.

Yang mengikut mereka hanyalah pemimpin dan ahli totok sahaja... orang ramai semakin sedar agenda politik pembangkang bukan di atas prinsip sebaliknya berubah-ubah mengikut mood pemimpin.

Perhatikan dua program anjuran kumpulan Mahathir-Kit Siang ini, pertama di Shah Alam yang gagal menarik perhatian rakyat dan tidakdiperkatakan di ruang awam seperti media sosial.

Manakala program semalam di Padang MPAJ bertukar tragedi selepas hanya 1000 yang turun mendengar ceramah top-top gun pembangkang termasuk Mahathir.

Bagi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, semua itu petanda kekalahan kepada Mahathir dalam usaha beliau untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, himpunan tersebut gagal menarik sokongan rakyat dan pemimpin-pemimpin kerajaan sebaliknya dihadiri oleh pimpinan pembangkang yang terang-tera­ngan melabel beliau sebagai diktator ketika mentadbir Malaysia.

Beliau berkata, langkah terdesak Dr. Mahathir yang bertujuan mempertahankan anaknya yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz telah terpalit dengan pembohongan sehingga menjejaskan nama baik negara.

Katanya, Dr. Mahathir juga perlu sedar beliau mampu mengkritik kerajaan secara terbuka kerana kebebasan yang diberikan oleh kerajaan sekarang, tidak seperti zaman pentadbirannya apabila seteru politiknya akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Ini adalah tanda beliau terdesak dan tidak mempunyai pilihan ke­cuali membina persahabatan dengan musuh lamanya. Beliau telah gagal di dalam UMNO dan Dewan Rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

“Kempen tersebut cuba membawa kita kembali ke dalam era yang mana hanya seorang berkuasa. Mereka perlu sedar hanya de­ngan kebebasan bersuara yang ada sekarang barulah himpunan tersebut berjaya diadakan dan membuktikan demokrasi telah kembali mekar di bawah Perdana Menteri,” katanya.

Semalam, Dr. Mahathir ketika berucap dalam himpunan bersama pemimpin pembangkang memohon rakyat untuk menurunkan tandatangan sebagai sokongan kepada usaha beliau menjatuhkan Perdana Menteri yang sehingga sekarang tidak mendapat sambutan.

Salleh berkata, politik Malaysia sebenarnya telah maju berbanding zaman pemerintahan ‘kuku besi’ ketika Dr. Mahathir mentadbir negara apabila badan kehakiman, sistem perundangan dan demokrasi negara terjejas menyebabkan sesiapa yang tidak bersetuju atau menentang kerajaan akan dike­tepikan.

Sehubungan itu, katanya, hanya kuasa undi dalam sistem demokrasi yang akan menjadi penentu bukannya langkah individu yang mahu mengguling kerajaan.

“Kerajaan tidak akan membiarkan kebebasan ini dilemahkan oleh seseorang yang masih lagi mahu berkuasa, kali ini untuk anaknya. Hak demokrasi rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan. Perdana Menteri komited menjaga keselamatan dan kesejahteraan ekonomi rak­yat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana