Di sebelah Hadi... Khalid Ibrahim berikrar lawan DAP habis-habisan

Berpatah arang, berkerat rotan... nampaknya semua sudah di set... bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan berkerjasama dengan PAS dan Ikatan untuk memecahkan sokongan pengundi pro pembangkang kepada DAP.
Khalid malah berikrar akan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan memecahkan sokongan rakyat terhadap DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Ujar Khalid sikap agresif DAP dalam melebarkan empayar politiknya harus disekat bagi memastikan hak dan kebajikan ummat Islam di negara ini terjamin.

"Saya dan rakan-rakan juga akan menubuhkan satu NGO dimana kita sudah mengumpul beberapa kekuatan dan dana supaya kita tidak akan memberi peluang orang-orang bukan Islam yang bersekongkol dengan DAP menang dalam pilihan raya.

"Jadi oleh sebab itu, kita akan buat satu kempen setiap kali kita kenal orang mereka (DAP), NGO ini akan berusaha supaya mereka tidak menang (dalam pilihan raya)," katanya ketika hadir pada perasmian Pusat Tarbiyah dan Dakwah Islam Se-Malaysia Bandar Tun Razak oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu juga menyatakan rasa bimbangnya terhadap perkembangan semasa PKR yang dilihat tersepit di antara Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP.

Bukan hanya Khalid, pemerhati politik juga kerap kali menyuarakan betapa PKR kini tersepit di antara dua parti komponennya dalam apa jua isu.

Malah PKR juga pernah diberi kata dua oleh DAP untuk memilih sama ada parti dominasi Cinanya itu atau PAS untuk sama-sama mentadbir Selangor.

Kata dua itu diberikan selepas DAP dan PAS memutuskan hubungan politiknya akibat bercanggah pandangan bersabit isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Saya sangat khuatir dengan keadaan umat Islam, sebab boleh jadi umat Islam ini sentimental atau pun agak sangat tinggi untuk memberi sukaran kepada Umat Islam. Tetapi umat Islam di Malaysia dari segi politiknya bukan berpecah dua tetapi berpecah empat," katanya.

Justeru, ujar Khalid penubuhan NGO yang bakal diterajuinya akan membantu parti Islam yang lain untuk berdepan dengan DAP dan mengukuhkan lagi politik ummat Islam di negara ini.

"Tapi untuk kita bersaing kita mesti selesaikan bagaimana kita dapat menghapuskan orang yang mengelilingi DAP, kalau tidak, kita tidak akan menang...kita melanggar tembok, kepala kita bengkak, dia masih lagi belum apa-apa, jadi bagaimana kita hendak selesaikan ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana