Bangang Tak Habis Habis!!!!‘Jangan Heret Institusi Diraja’ – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO hari ini mengkritik pemimpin-pemimpin yang hadir ke Kongres Rakyat yang diadakan di Shah Alam semalam kerana didakwa cuba mengheret institusi Diraja ke dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ianya berikutan, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan membentangkan satu juta tandatangan menerusi Deklarasi Rakyat ke istana untuk mendesak peletakan jawatan Najib.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar menyifatkan kumpulan Selamatkan Malaysia ini telah ‘kehabisan idea’ untuk mendesak Najib melepaskan jawatan.

“Usaha-usaha mereka sebelum ini untuk menjatuhkan kerajaan adalah sia-sia, jadi sekarang mereka mahu melibatkan institusi Diraja untuk mencapai matlamat mereka.

“Saya menggesa 3M (Mahathir, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir) ini untuk menghentikan cubaan mengheret institusi Diraja ke dalam rancangan jahat mereka.

“Saya juga menggesa mereka untuk menghentikan kerjasama tidak masuk akal dengan pembangkang yang mempergunakan mereka,”katanya, lapor Malaysiakini.

Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa agar Majlis Tertinggi UMNO untuk menyingkirkan Muhyiddin dari parti tersebut kerana telah bersekongkol dengan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana