Anggota Pas Dinasihat Tidak Sertai Deklarasi Mahathir – Hadi Awang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan anggota parti itu agar tidak menyertai “Deklarasi Mahathir” kerana proses perubahan negara mesti dilakukan secara positif serta tidak menghuru-harakan negara.

“Kita hendaklah memilih demokrasi yang adil secara baik dan tidak (berlaku) ketegangan kaum dan kerana itu kita kawal pemuda kita.

“Tidak perlu campur tangan asing kerana dalam semua kegiatan kita kena berhati-hati,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Anak Muda Istiqamah Perak di Kampung Batu 20, Batu Kurau di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai tindakan anggota PAS menyertai Parti Amanah Negara (PAN) kemungkinan menggugat parti itu pada pilihan raya akan datang, Abdul Hadi berkata ia tidak menggugat PAS kerana hanya satu peratus sahaja anggota PAS yang menyertai PAN.

BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana