Agenda Jahat Namanya....Dokumentari Terbitan ABC Sengaja Burukkan Najib

KULAI: Dokumentari terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) dilihat sengaja memburuk-burukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain bermotifkan dendam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya percaya tindakan yang dibuat oleh Four Corners ABC itu mempunyai kaitan dengan penahanan dua kru mereka di Sarawak, baru-baru ini.

"Four Corners ABC ini sengaja hendak memburuk-burukkan negara dan pemimpin kita. Mereka ini mempunyai motif dendam. Dakwaan itu merepek serta mempunyai agenda tersembunyi...kita kesal dengan apa yang berlaku ini.

"Sudah berulang kali diperjelaskan kes pembunuhan Hussain Ahmad Najadi (pengasas AmBank) tidak ada kaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan begitu juga (Timbalan Pendakwa Raya) Kevin Morais disahkan peguam negara tidak terbabit dengan siasatan syarikat berkenaan," kata beliau.

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Pegawai-pegawai Kanan Diwartakan (PPKP/Cawangan Pegawai, PPKP/Cawangan Inspektor dan Pegawai-pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) kali ke-88 2015/2016, di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Four Corners dalam dokumentari 'State of Fear: Murder and Money in Malaysia' yang diterbitkan ABC dengan cuba mengaitkan pembunuhan beberapa individu dengan siasatan 1MDB dan perdana menteri.

Pada 12 Mac lepas, wartawan Four Corners, Linton Joshua Besser, 39, dan jurukamera, Eroglu Levent, 51, ditahan kerana cuba merempuh kawalan keselamatan semasa Najib melawat Kuching, Sarawak sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal.

Menurut Khalid, beliau berasa kesal dengan penyiaran dokumentari terbabit dan sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan penyiaran dokumentari berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai kesiapsiagaan dan kawalan ancaman pengganas khususnya kumpulan Daesh, beliau berkata pihaknya sudah mengambil langkah tahap tertinggi mengenainya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana