WARTAWAN GOSIP THE MALAYSIAN INSIDER MERINTIH, GAJI DIBAYAR SEPARUH

Blogger, Raja Petra Kamaruddin (RPK) melalui tulisannya sebentar tadi, turut mempersoalkan laporan TMI itu yang menulis kononnya spekulasi hangat dan mengakui kalangan wartawan mereka menulis bersandarkan spekulasi.

Adakah kalangan wartawan dan editor TMI terdiri daripada mereka yang pernah bekerja di blog gosip dan menulis berdasarkan ‘kata dia’, ‘jirannya kata’ atau ‘seorang rakan’ seperti kolum gosip akhbar? Wartawan sebenar tidak akan menulis bersandarkan spekulasi apatah lagi ia melibatkan satu kes siasatan.

Laporan TMI seumpama ini cenderung kepada bersifat jahat dalam menimbulkan persepsi negatif disebalik hakikat sebenar. Dan kita semua tahu, ia bukan pertama kali dilakukan wartawan gosip TMI.

RPK turut mempersoalkan, adakah sumber yang dipetik TMI itu diberi kuasa untuk memberi kenyataan bagi pihak SPRM dan adakah mereka tahu dengan mendedahkan urusan dalaman agensi itu, ia melanggar Akta Rahsia Rasmi dan faktor itu menyebabkan ‘sumber’ TMI itu tidak mahu namanya disiarkan.

Kini, menurut RPK, beban terhadap TMI adalah bagi membuktikan ‘sumber’ mereka bercakap benar dan sumber itu bukanlan bekas Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee.

“Berdasarkan sumber Malaysia Today, Lim Chee Wee, salah seorang ahli panel PPO mendesak tujuh lagi ahli panel bagi mengeluarkan satu kenyataan bersama bagi mensabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan salahlaku.

“Dua ahli PPO bersetuju dengan konspirasi ini namun lima lagi tidak bersetuju. Malah, menurut sumber, Lim Chee Wee adalah cenderung kepada Pakatan Harapan dan berharap dia akan dipilih sebagai calon pada pilihanraya akan datang,” kata RPK memetik sumbernya.

Menurut RPK, Lim Chee Wee dikatakan cuba menyakinkan ahli panel kononnya tidak perlu mengeluarkan dakwaan secara langsung terhadap Najib namun hanya perlu menggambarkan terdapat salahlaku dan membiarkan media memutarbelit kenyataan itu.

“Pembaca kemudian akan cepat membuat kesimpulan,” tulis RPK.

“Sumber saya turut mendakwa selepas gagal mendapatkan PPO sepakat dengan konspirasinya, Lim Chee Wee membuat keputusan untuk menggunakan TMI bagi ‘mendedahkan rahsia’ dengan syarat namanya tidak disiarkan,” kata RPK.

Dalam keadaan kewangan yang getir, TMI memerlukan mereka lebih ke hadapan bagi menarik perhatian pembiaya baharu apatah lagi sejak beberapa bulan lalu, pembayaran gaji bagi kakitangan mereka sering tertangguh.

“Keadaan semakin sukar di sini. Gaji sering lambat dibayar dan pelbagai alasan diberikan pihak pengurusan. Ada beberapa bulan gaji dibayar separuh sebelum bakinya dilangsaikan pada pertengahan bulan.

“Dengar khabar, bantuan kewangan yang sering kami perolehi sebelum ini sudah terhenti.

“Beberapa rakan wartawan lain sudah mula mencari kerja lain tetapi banyak juga permohonan ditolak,” rintih seorang wartawan TMI yang enggan namanya disiarkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana