Umur 25 tahun sudah muflis...Berhati hati lah kita berbelanja

PUTRAJAYA – Sebanyak 276,753 individu diisytihar bankrap sehingga Disember tahun lalu membabitkan mereka seawal usia 25 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri (gambar kecil) berkata, keba­nyakan punca individu berkenaan mengalami bankrap adalah disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, peribadi serta kad kredit dan pinjaman perniagaan.

Beliau berkata, berdasarkan data daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), kes-kes kebankrapan dikesan seawal usia 25 tahun dan majoriti kes bankrap membabitkan usia 25 hingga 44 tahun.

“Keghairahan berbelanja mewah, keinginan untuk memiliki kereta dan rumah di sam­ping mudahnya mendapatkan kad kredit menyebabkan semakin ramai belia yang muflis iaitu seawal usia 25 tahun.

“Pada usia ini, mereka tidak tahu lagi bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan dan ber­belanja di luar kemam­puan. Gara-gara itu mereka menanggung beban hutang sehingga akhirnya menyebabkan muflis,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan sistem e-Insolvensi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana