Tak Payah Simpan Lama Lama Orang MAcam Ni....Tidak kebal... SUA PAS kata parti boleh pecat Husam

Semua tanda-tanda yang ada membayangkan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akan dipecat daripada PAS tidak lama lagi.
Husam sebelum ini didakwa 'kebal' oleh ramai penganalisis politik kerana bebas mengkritik PAS tanpa dikenakan tindakan, bekas orang kuat PAS itu menjadikan pimpinan kerajaan Kelantan sebagai sasaran utama serangan-serangan beliau.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemecatan keahlian merupakan salah satu tindakan yang boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS terhadap Husam.

Menurut beliau, tindakan lain yang boleh diambil mengikut Fasal 82 Perlembagaan PAS adalah memberi amaran, melucutkan hak dalam parti dan menggantung keahlian.

“Walau bagaimanapun, Husam masih mempunyai hak untuk merayu selepas Jawatankuasa Tatatertib PAS memutuskan hukuman terhadapnya.

Takiyuddin Hassan“Beliau boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS sekiranya tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam mengesahkan, Husam akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib PAS berikutan tindak-tanduk dan kenyataannya sejak beberapa tahun lalu yang bercanggah dengan peraturan parti.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dilihat sering mengkritik PAS malah pernah menghadiri dan menyampaikan ucaptama dalam majlis anjuran PAN.

Takiyuddin menambah, pihaknya telah mengemukakan surat berhubung kes Husam kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS untuk tindakan selanjutnya.

“Kita serahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib parti untuk menentukan bila mereka akan memanggil Husam untuk mendapatkan penjelasan,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana