Tak Ada Parti Dalam Dunia Membiarkan Ahlinya Mengkritik secara Berterusan....

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan diambil sekiranya pemimpin itu berterusan melakukan perkara yang 'merosakkan parti'.

"Kalau beliau buat lagi, tunggu sahaja lah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Karnival Makanan Warisan di Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata demikian ketika ditanya sama ada akan ada usul pemecatan keahlian bekas Timbalan Perdana Menteri itu. 

Bagaimanapun katanya, beliau yakin Lembaga Disiplin akan meneliti tingkah laku Muhyiddin dan mengambil tindakan yang wajar sekiranya masih berterusan melakukan sesuatu yang melemahkan parti. 

"Jika beliau terus dengan kaedahnya merosakkan parti saya berkeyakinan lembaga displin (lihat), dan kita pun ada hantar surat kepada lembaga displin . (Lembaga) boleh ambil tindakan pecat kalau beliau masih lakukan cara yang rosakkan parti," katanya.

Muhyiddin, 69, digantung jawatan sebagai timbalan presiden berkuatkuasa semalam sehingga tempoh pemilihan parti akan datang pada 2018.

Keputusan penggantungan itu diputuskan secara sebulat suara oleh Majlis Tertinggi yang bermesyuarat semalam.

Penggantungan berkenaan dibuat ekoran kegagalan beliau gagal menjalankan peranannya untuk membantu presiden.

Tindakan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu diambil mengikut Fasal 10.15 Perlembagaan Umno, berdasarkan siri kritikan terbukanya berhubung beberapa isu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana