Semakin Terdesak Buanglah EGO Tu....UMNO Rosak Dan Hancur Kerana Dia Lah Berpecah Belah Habis

Penulis ‘resah’ bila pihak berkuasa dikatakan sedang menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan kenyataannya terhadap kepimpinan negara sebagaimana yang dilaporkan media akhir-akhir ini.

Namun penulis difahamkan bahawa terdapat beberapa laporan polis dibuat terhadap beliau, maka kerana itulah pihak berkuasa tiada pilihan lain selain dari menyiasat Dr Mahathir dan siasatan itu memerlukan keterangannya diambil.

Pada pandangan penulis, usahlah diapa-apakan Dr Mahathir itu. Beliau sangat popular di negara kita, di luar negara dan mungkin di seluruh planet cakrawala di bima sakti langit ke tujuh. Beliau punya berbilion-bilion penyokong, besar pengaruhnya…

Kita perlu akur bahawa beliau adalah ‘lebih tinggi’ dari undang-undang negara. Malah mungkin ‘lebih tinggi’ dari Perlembagaan Persekutuan. Mungkin tiada yang ‘lebih tinggi’ kedudukannya di dunia ini melebihi beliau.

Beliau sering diibaratkan bagai ‘maksum’. Apa yang keluar dari mulutnya umpama ‘Tuhan’. Bagi mereka yang bukan Islam, mungkin ramai yang ‘menyembah’ beliau. Ramai juga di kalangan umat Islam yang melayan beliau ‘setaraf’ Rasulullah SAW yang maksum.

Dr Mahathir mungkin dilihat lebih tinggi dari Raja-Raja Melayu mahupun Yang DiPertuan Agong bagi sesetengah pentaksubnya. Jika ada Raja-Raja Melayu dihina, tidak ramai yang marah, malah ada yang sama-sama menghina.

Tapi, cubalah hina Dr Mahathir. Siaplah kena hentam kiri kanan, depan belakang, atas bawah, siang dan malam. Siapa yang hina Dr Mahathir, pastinya akan ‘dibelasah’ berbulan-bulan, seteruk-teruknya terutama di media sosial.

Sekurang-kurangnya Raja-Raja Melayu tempat kita semua bernaung itu tidak kebal dari undang-undang dan perlembagaan negara. Jika Raja-Raja Melayu langgar, maka ada Mahkamah Khas untuk mengadili kesalahan tersebut.

Tapi Dr Mahathir pula ‘kebal’. Langgarlah bagaimana sekalipun undang-undang, perlembagaan negara atau perlembagaan parti sekali pun, beliau tidak ‘lut’ dari sebarang tindakan atau hukuman. Beliau layaknya seolah-olah ‘above everything’, bukan?

Lagipun, dengan usianya yang sudah teramat lanjut itu, harapan penulis agar biarlah beliau cakap apa saja yang beliau suka. Merapu, nyanyuk atau tidak, biarlah. Jika beliau puji atau hina Dato’ Seri Najib Tun Razak, biarlah. Memang itu hobi beliau dari muda.

Dulu ketika muda, Dr Mahathir selalu hina Tunku Abdul Rahman kononnya ‘anak tirikan’ bangsa Melayu dan membela kaum Cina. Tapi di zaman beliau dikatakan hanya mereka seperti Robert Kuok, Vincent Tan dan ‘trio’ anaknya yang bergelar ‘3M’ saja yang kaya.

Beliau ‘tiada dosa’. Penulis harap, biarlah Tun M. Janganlah diapa-apakan beliau. Jika salah pun, anggap saja beliau betul. Jika beliau terjun longkang mandi air najis sekali pun, anggap saja beliau ‘benar’ dan masih ‘waras’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana