Penggantungan Muhyiddin : Akuilah Kesilapan Sendiri Dari Menunding Jari

Dalam satu kenyataan, beliau sekali lagi pantas menunding jari kepada Datuk Seri Mohd Najib dan kesemua Ahli Majlis Tertinggi. Walaupun beliau mengakui sudah menjangkakan keputusan berkenaan bakal diambil, namun sikap beliau yang enggan mengakui kesilapan beliau sendiri sebenarnya bukan perkara yang mengejutkan.

Beliau sekali lagi mengungkit kononnya kesemua Ahli UMNO Bahagian seolah-olah di ugut untuk tidak menghadiri sebarang majlis anjuran UMNO Bahagian. Beliau mendakwa kehadiran beliau tidak lagi diperlukan malah hak beliau untuk berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO atas kapasiti beliau selaku Timbalan Presiden juga dinafikan.

Mungkin beliau terlupa bahawa adalah hak Bahagian UMNO untuk menjemput sesiapa sekalipun untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh mereka. Malah, banyak Bahagian UMNO (kecuali beberapa Bahagian yang masih menyokong beliau), memikirkan secara matang, untuk apa menjemput individu yang secara terang-terangan berusaha menghasut ahli UMNO untuk membenci Presidennya sendiri.

Apa yang berlaku didalam Perhimpunan Agung UMNO sebenarnya bukan diputuskan oleh Datuk Seri Mohd Najib secara perseorangan. Beliau yang pada ketika itu ada didalam mesyuarat berkenaan menyaksikan sendiri bagaimana Ahli Majlis Tertinggi memutuskan bahawa beliau tidak perlu berucap bagi merasmikan perhimpunan sayap perti. Sebaliknya, hak berkenaan diberikan kepada Ketua-Ketua Sayap Parti.

Jadi untuk apa lagi beliau mengungkit akan hal ini? Jika mahu mengkit hal ini, bagaimana pula ayat pu**mak yang beliau lafazkan dihadapan ramai pihak termasuk Datuk Seri Hishamuddin sendiri? Adakah itu amalan yang ada didalam UMNO?

Baca Sumber Dari Sini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana