Kalau Sudah Sukar Dapat Sokongan, Tiada Dana Lebih Baik Bubar Sahaja Amanah


KUALA LUMPUR, 26 Feb – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu tidak perlu malu alah untuk mengambil tindakan drastik dengan membubarkan parti berkenaan setelah mengakui betapa sukar untuk mendapatkan sokongan selain kekurangan dana.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, YB Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Moktar Ahmad berkata  itu adalah jalan terbaik kerana sejarah sebelum ini menunjukkan parti serpihan bukan sahaja tidak mendapat sambutan malah tidak akan kekal lama di dalam arus politik negara.

Justeru katanya sebelum terlambat beliau tidak perlu malu untuk mengambil tindakan tersebut kerana rakyat sudah pasti akan memberi kepercayaan kepada parti yang jelas hala tujunya.

Amanah Tak Laku“Mungkin juga apa yang diperkatakan oleh Mat Sabu itu adalah semata-mata untuk menarik perhatian seperti mana tindakannya sebelum ini yang melempar mikrofon sejurus selesai berucap.

“Malah tidak keterlaluan jika tindakan itu juga adalah untuk menarik simpati terhadap parti berkenaan dalam usaha meningkatkan lagi sokongan dalam memastikan Amanah boleh bersaing sepertimana parti-parti lain,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Dilaporkan Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui parti tersebut berdepan tugas getir dalam meraih keyakinan rakyat di negara ini selain berhadapan dengan masalah kewangan untuk menguruskan sebuah parti politik dan terpaksa menggunakan pelbagai cara bagi mendapatkan dana.

Wan Abdul Hakim yang juga Ketua Penerangan UMNO Terengganu seterusnya menambah tindak-tanduk Presiden parti berkenaan seolah-olah seperti ‘anak-anak kecil yang ingin menarik perhatian’.

Sedangkan menurut beliau lagi banyak cara lain yang boleh dilakukan oleh mantan Timbalan Presiden Pas itu dalam usaha menarik tumpuan serta menarik sokongan rakyat terhadap parti Amanah.

“Dalam usaha meyakinkan rakyat sebenarnya adalah keupayaan parti serta hala tuju parti yang jelas sepertimana yang diperkatakan tadi.

“Kita tengok nanti selepas ini apa pula yang akan dipaparkan kepada umum dan kita tengok apa pula drama yang akan ditonjolkan kepada rakyat dalam usaha mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana