Kalau Nak Kritik Keluar lah....Muhyiddin disaran lepaskan jawatan parti jika mahu terus kritik presiden

SHAH ALAM: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disarankan melepaskan jawatannya dalam parti dan hanya menjadi ahli biasa jika terus menerus mahu mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, pendekatan itu dilihat membolehkan Muhyiddin mengkritik secara bebas tanpa ada kekangan daripada mana-mana pihak.

"Bagi saya Tan Sri Muhyiddin tidak mempunyai banyak pilihan, selepas beliau digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Maka itu dikatakan noktah terakhir dan saya faham mengapa Tan Sri terus menerus mengkritik walaupun ianya boleh memberi kesan yang negatif kepada parti dan beliau.

"Dari segi strateginya adalah lebih baik beliau bergerak sebagai ahli biasa, tanpa kekangan jawatan nombor dua. Bagi saya lebih mudah beliau bergerak dan mengkritik pimpinan Umno sebagai ahli biasa," katanya kepada AntaraPos ketika dihubungi tadi.

Beliau mengulas kemungkinan Muhyiddin akan digantung atau dipecat setelah mesyuarat Majlis Tertinggi Umno diadakan pada petang ini.

MT Umno petang ini dijangka memutuskan sama ada Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh akan digantung atau dipecat.

Spekulasi berhubung perkara tersebut timbul berikutan gesaan pemimpin Umno yang mahu tindakan tegas diambil terhadap Muhyiddin kerana berterusan mengkritik kepemimpinan negara khususnya berhubung isu 1Malaysia Develop­ment Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion.

Malah, Ahli MT Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Isnin lalu secara terbuka menggesa Muhyiddin berundur daripada jawatannya dalam parti.

Azmi bagaimanapun menasihatkan Umno supaya tidak membuat keputusan terburu-buru dalam isu ini.

Katanya, beliau yakin paling tidak pun sebarang tindakan oleh MT Umno terhadap Muhyiddin boleh dimulakan dengan mengikut prosedur.

"Sebab itu pada saya sendiri mungkin tidak sampai kepada pemecatan daripada keahlian Umno terhadap Tan Sri Muhyiddin tetapi kemungkinan besar beliau akan digantung keahlian Umnonya," katanya.

Beliau dalam pada itu menambah, sekiranya MT Umno tidak mengikut prosedur dalam mengambil tindakan kepada Muhyiddin, berkemungkinan ianya akan mendatangkan keresahan dan kebimbangan kepada ahli di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu beliau menasihatkan supaya MT Umno menyelesaikan persengketaan di antara Muhyiddin dan Najib secara baik dan demokratik.

"Isu Tan Sri Muhyiddin boleh dikatakan begitu kritikal sekali pada ketika ini kerana beliau walaupun bukan sebagai TPM tetapi masih Timbalan Presiden Umno. Jadi apabila Timbalan Presiden Umno mengkritik Presiden Umno orang nombor satu, maka ini menimbulkan keadaan tidak selesa. Sebab itu saya lihat keadaan status quo pada ketika ini susah dikekalkan," katanya.

"Yang menimbulkan masalah, akar umbi akan timbul resah dan berasa gelisah," ujarnya lagi.

Sebelum ini, spekulasi sama berlegar menjelang mesyuarat MT Umno pada 24 November lalu namun hanya Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang dipecat atas kesalahan melanggar disiplin parti.

Muhyiddin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pula terselamat daripada dikenakan sebarang tindakan.

Berdasarkan Fasal 20.9 Perlembagaan Umno, mana-mana ahli yang melanggar peraturan disiplin parti boleh digantung keahlian atau dipecat selain diberi amaran serta dilarang mewakili Umno dalam pilihan raya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana