Hina TPM Di Facebook : Doris Jones Sebenarnya Agen DAP?

Sejak sekian lama Doris Jones atau Doris Yapp Kim Young ( Sino Kadazan) yang berasal dari Labuan menggerakkan Sabah Sarawak Keluar Malaysia ( SSKM) sering sahaja menulis status menghasut rakyat, berbaur perkauman serta menghina pemimpin negara.

Malah waran tangkap dikeluarkan untuknya sejak Februari tahun lalu. Bagaimanapun memandangkan Doris bermastautin di UK maka amat sukar untuk menangkap beliau dengan waran tangkap di negara ini.

Polis Sabah mengakui bahawa waran tangkap Doris Jones hanya boleh dikuatkuasakan di dalam negara ini.

“Waran ini masih berkuatkuasa tetapi hanya di Malaysia. Kita akan mengambil tindakan sekiranya dia balik ke Malaysia” kata Pesuruhjaya Polis Sabah.

Malah kata PDRM akan meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan Doris Jones atas dakwaan menghasut untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia menerusi laman media sosial Facebook.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya akan menjejaki Doris yang difahamkan berada di luar negara.

Doris orang penting laman Facebook “Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)” terus berani malah pada 16 Februari 2015 tahun lalu mencabar agar Polis menangkapnya dengan segala cara.

Dan dia berkata pihak berkuasa di negara ini akan gagal menangkapnya sebagaimana kesukaran menangkap penyunting laman penyebar maklumat Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Kenapa agaknya seorang Sino Kadazan seperti Doris Jones berani menyeru rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia melalui media sosial?

Malah Terbaru Doris memuat turun infografik menghina TPM selaku Menteri KDN. Jika sebelum ini hanya warga Sabah dan Sarawak sedar dengan gerakan ini, kali ini dengan menggunakan gambar TPM ramailah mengecam beliau.

Untuk apa sebenarnya? tentulah populariti dan rakyat mengingati semula Doris Jones yang dilupakan. Inilah cara Doris Jones.

Gerakan Doris Jones tentunya didalangi oleh rakyat negara ini. Doris pernah bertemu Tony Phua DAP di UK sebagaimana Tony Phua pernah bertemu Claire Brown. Apa agenda mereka sebenarnya? Doris Jones Agen DAP? DAP tentu tidak pernah duduk diam.

Mereka sentiasa membina networking dan bersekutu apa sahaja perkara yang menguntungkan DAP. Lantaran itu kita tidak hairan DAP mula mengadakan program di luar bandar Sabah Sarawak untuk menggerakkan program ‘menghasut’ rakyat Sabah/Sarawak menyokong mereka.

Siapa membiayai Gerakan Doris Jones ini? Kerajaan mesti menangkap segera Doris ini untuk dihukum di bawah undang-undang negara kita. Jika dibiarkan berlarutan lihatlah nescaya akan memberi masalah kepada negara ini. Keharmonian negara harus dipelihara dari ‘agen-agen’ DAP ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana