Dr Mahathir Hadir Perhimpunan 27 Mac Ini - Zaid..Hodoh Perangai Macam Ni...Tak Respect Lagi

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kehadirannya dalam satu perhimpunan pada 27 Mac depan, mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan.

Menurut penganjur perhimpunan itu Datuk Zaid Ibrahim, Dr Mahathir akan menyampaikan ucapan dan bercakap mengenai 'isu utama pada hari ini'.

Acara tersebut akan menghimpunkan barisan pemimpin dalam suasana tertutup.

Maklumat terperinci mengenai peserta dan lokasi acara itu masih dirahsiakan tetapi ia akan didedahkan secara berperingkat, kata Zaid.

"27 Mac akan menjadi perhimpunan aman rakyat yang mahu mereka yang menyalahgunakan undang-undang dihukum dan mereka yang melindungi penjenayah ini bertanggungjawab," tulis Zahid dalam blognya www.zaid.my.blog.

Dr Mahathir sering mengkritik pentadbiran Najib dan mempersoalkan isu dana politik RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terbuka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana