Bising Bising Tak Guna.....Bila Muhyiddin Nak Umum Cabar Najib?

SAMA ada Muhyiddin Yassin digantung, dipecat atau tidak dikenakan apa-apa tindakan petang ini, persoalan itu sebenarnya sudah tidak lagi penting, sekadar bersifat formaliti parti sahaja.  Hakikatnya, Muhyiddin memang nampaknya sudah berpatah arang dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, kesetiaannya sudah jelas hanya pada Mahathir seorang.

Kalau Mahathir sudah berdendam dengan Najib, Muhyiddin sudah pasti pun akan ikut sama, nama pun setia membabi buta.  Cuma mungkin tak sampai ke tahap menganggap cakap Mahathir macam cakap Tuhan seperti mana kata seorang bekas pemimpin MCA sajalah.  Kok ya pun, gila ke nak mengaku ye tak?

Sebetulnya permasalahan macam ini cuma ada dua jalan saja, pertama, mengundur diri dan mencabar Najib dalam pemilihan akan datang atau kedua, dikenakan tindakan dan mencabar Najib dalam pemilihan akan datang – mana mana satu pun soalnya mencabar Najib.  Tak mungkin dah terlajak begini jauh, hujung-hujungnya let’s forget and forgive.

Jika Najib mungkin, beliau berjiwa besar, Muhyiddin?  Boleh mimpi sajalah.

Maka itu berhentilah beretorik dan berterus teranglah akan hasrat dihati.  Sama ada dipecat, digantung atau tidak dikenakan apa-apa tindakan, Muhyiddin perlu umum untuk cabar Najib – kalau masih dalam platform UMNOlah.

Kalau Mahathir tubuh parti baru seperti angin-angin yang bertiup kencang sekarang ini, dengan Muhyiddin dan Mukhriz sebagai teraju utamanya untuk melawan Najib, itu sudah cerita lain.  Tak perlu cabar, kita berlawan saja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana