A.Samad Puja Kit Siang Dalam Sajaknya....Loya tekak Dibuatnya

Berikut puisi khas beliau untuk Kit Siang yang sering menimbulkan kontroversi berkaitan hak dan kepentingan kaum Melayu serta Islam di Malaysia:

Impian Pemimpin
(Istimewa untuk YB Lim Kit Siang)

Datangnya dengan peta yang tulus terbuka

Cekal disemainya benih impian bangsa

Dirinya pemahat peta hidup berukun

Dengan peluh diukirnya secermat tekun
Di dalam taman merpati mesra menari

Ternampak dia meneroka rimba asli

Tabah disemainya benih janji yang murni

Diusaha yang mercup: Impian Sejati
Tujuh dekad setengah dirinya berarah

Diasasnya demokrasi di era resah

Dilepaskan kekunang di alam gelita

Agar malam merdeka berwarnian indah
Kini di tasik dirinya menilai hajat

Di sisi panji pastinya berdiri hebat

Dia tak mudah ditelan gelombang nista

Cekal di pantai pupuk Impian Malaysia
Dia tidak berkibar atas harta orang

Maka panji yang dijulang tetap gemilang.

Pak Samad

Puisi berkenaan diedarkan kepada umum oleh DAP Pusat semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana