100% Untuk Kebaikan Dan Kesihatan Rakyat......Sultan Johor tegur presiden IKHLAS

MUAR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menegur Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah yang mempertikaikan keputusan baginda mengharamkan penjualan vape di Johor.

"Kepada pihak yang ingin mencabar keputusan saya iaitu Presiden IKHLAS yang katanya mengumpul satu juta nama dan tanda tangan, mana dia nama yang sudah dikumpul?

"Satu nama pun saya tak nampak lagi. Ingatlah, jangan letak otak di lutut sampai sanggup membahayakan kesihatan orang lain hanya untuk mengaut keuntungan wang ringgit.

"Sebelum keputusan itu dibuat, saya sudah mendengar pandangan pakar yang berkaitan dan ternyata penggunaan vape lebih banyak mudarat kepada manusia antaranya," katanya.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Johor Ke-60 di Dataran Tanjung Emas malam tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana