Video Panas Buat Geng PR.....Najib Tidak Terlibat Dalam Kes Bunuh Altantuya - Sirul



PETALING JAYA: Sirul Azhar Umar telah bersumpah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Menerusi satu video berdurasi 55 saat, bekas komando polis itu dilihat duduk dengan mengenggam kedua-dua tangannya.

"Saya mengerti apa kehendak sesetengah pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan seseorang," kata Sirul.

"Saya tidak pernah diajar atau diasuh untuk memfitnah seseorang. Adalah berdosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu.

"Dan saya lafazkan di sini, Wallahi... Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat, tidak ada kaitan dengan kes ini," katanya.

Ia merupakan video ketiga Sirul bersuara mengenai kes pembunuhan Altantuya.

Menerusi video pertama, Sirul berkata, terdapat pihak berkepentingan yang cuba mensabotaj seseorang, tetapi tidak menyatakan sebarang nama.

Video kedua menunjukkan Sirul mendedahkan "wanita", yang merujuk kepada Altantuya, tidak mengandung.

Pada 13 Januari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan Sirul dan anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri bersalah dan disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana