Undang-undang FAM paling bodoh- Tunku Ismail

Tuntutan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terhadap bekas pemain Harimau Muda C, Muhammad Hafiy Haikal Ismail yang memilih menyertai JDT II untuk saingan Liga Malaysia musim ini ditempelak oleh pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ini kerana, Tunku Ismail yang juga penaung Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), berpendapat seseorang pemain wajar memilih haluan kerjaya profesionalnya selepas program Harimau Muda dibubarkan.

Justeru beliau yang menyifatkan undang-undang FAM sebagai undang-undang paling bodoh.

“Pada saya undang-undang FAM adalah undang-undang paling bodoh sekali. Pada saya pemain Harimau Muda boleh pergi ke mana-mana pasukan yang mereka mahu, kerana kita tidak boleh memaksa pemain untuk bermain bersama pasukan yang tidak dikehendaki mereka,” kata Tunku Ismail, lapor Astro Arena.

Terdahulu, KLFA menegaskan akan menuntut Hafiy bersama dua lagi bekas pemain Harimau Muda C, M. Kogileswaran dan R. Dinesh.

Dalam pada itu, Tunku Ismail juga memberitahu masih belum berpuas hati dengan aksi pra musim JDT dan sudah pun mengadakan pertemuan dengan pengendali pasukan Mario Gomez.

Turut dijangka, rombakan dalam skuad JDT oleh Tunku Ismail yang akan disahkan sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain 14 Februari depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana