TPPA kekang kerajaan 'suka-suka hati' ubah syarat tender

SHAH ALAM: Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah syarat atau menukar terma dalam mana-mana tender yang sudahpun ditandatangani bersama kontraktor, sebaik sahaja Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) berkuatkuasa kelak.

Pengurus Unit Politik Ekonomi dan Tadbir Urus Institusi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Sri Murniati berkata sebelum ini kerajaan punya kuasa untuk berbuat demikian dan pihak kontraktor terpaksa akur pada perubahan yang dibuat.

Namun selepas TPPA berkuatkuasa, kerajaan mahupun kontraktor akan lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas mereka sekaligus menjamin mutu perkhidmatan masing-masing.

"Sekarang ini kontraktor tidak boleh buat apa-apa, kerajaan boleh ubah peraturan dan apa-apa sahaja tanpa pemberitahuan.

"Nanti kalau ada peraturan (TPPA) macam ini, kerajaan akan lebih berhati-hati, mereka tidak boleh menukar (syarat perjanjian) sesuka hati mereka, dan (jika kerajaan tetap berbuat demikian) kontraktor boleh membuat aduan.

"Jadi baguslah untuk kerajaan supaya mereka lebih berdisiplin dan bagus juga untuk kontraktor kerana mereka lebih percaya kerajaan," kata Sri ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos, baru-baru ini.

Sri berkata demikian selepas diminta mengulas kebaikan TPPA khusus untuk subjek perolehan tender milik kerajaan Persekutuan.

TPPA juga akan menghapuskan elemen-elemn rasuah antara kontraktor dan wakil kerajaan, seperti yang lazimnya berlaku sebelum ini, ujar Sri.

"Untuk anti rasuah, TPPA ada bab kursus terutama dalam Bab 26 ada menyebutkan ketelusan anti rasuah. Di sana disebutkan langkah-langkah atau apa sahaja negara-negara yang terlibat untuk ketelusan ini.

"Mereka boleh memperbaiki keadaan semasa rasuah dan itu boleh membantu Malaysia (tingkatkan produktiviti)," katanya.

TPPA juga memastikan perolehan kerajaan akan meningkat dan sistem perolehan akan lebih kemas berbanding sekarang ini.

"Perolehan kerajaan sekarang ini okay, tapi boleh ditambahbaik kalau kita tandangan TPPA. Salah satu, hal yang boleh menambah baik adalah 'refuse system' ialah sistem di mana kontraktor boleh mengadukan apa-apa masalah selama proses perolehan.

"Kalau ada persekitaran perniagaan yang begitu, kontraktor pun akan senang, kontraktor boleh buat tender, dia boleh buat bida, jadi kalau situasinya boleh diramal, kontraktor pun akan senang," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana