Tol mansuh sempena Tahun Baru....Syabas CM Sarawak

Kuching: Detik 12 tengah malam ini menjadi sambutan berganda kepada warga bandar raya ini kerana bukan sahaja menyambut Tahun Baru 2016, malah sebaliknya turut meraikan pemansuhan tol Jambatan Tun Muhammad Salahuddin Abang Barieng di sini, berkuatkuasa esok.

Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang mula dibuka kepada pengguna pada 2003 sebelum ini mengenakan tol 50 sen untuk motosikal, RM1.60 (kereta/teksi), RM2.20 (van/kenderaan pacuan empat roda/pikap) dan RM3.30 (bas/lori) bagi perjalanan sehala.
Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng adalah yang terakhir dimansuhkan kutipan tolnya selepas Jambatan Lanang, Sibu dan Jambatan ASEAN, Miri, sekali gus menjadikan Sarawak sebagai negeri bebas tol sepenuhnya, selain Sabah.

Penolong pegawai penerangan Mohamad Borhan Ahmad Ulis, 36, berkata pemansuhan tol itu tepat kerana jambatan berkenaan sebahagian daripada laluan strategik menghubungkan Petra Jaya dengan pusat bandar.

Katanya, jambatan itu laluan menjimatkan masa untuk ke pusat bandar berbanding Jambatan Tun Abdul Rahman Ya'kub atau melalui Baraj Sungai Sarawak, Bintawa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana